www.sitipayung.com.my

Friday, September 25, 2015

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum Bismillahirahmanirrahim..


Kami staff dari Kek Lapis Sarawak Siti Payung ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua saudara Islam yang lain.. Mohon maaf jika ada terlanjur kata silap dan salah yang telah dilakukan sengaja ataupun tidak .. 
Semoga kita dapat menghayati erti sebuah pengorbanan yang sebenar iaitu ditunaikan kerana Allah Taala . Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim menyembelih anak kandungnya Nabi Ismail mempamerkan sifat ketakwaan dan ketaatan seorang hamba Allah demi menegakkan Agama Islam walaupun terpaksa mengorbankan anak kesayangan nya sendiri . Harus diingat bahawa setiap dari kita berpotensi untuk melakukan pengorbanan .

   Memetik kata2 seorang cendiakawan , : " Isteri jadilah Siti Hajar walau suami bukan Nabi Ibrahim dan jadikan anak2 kita Nabi Ismail"


.



Wednesday, September 23, 2015

Paparan 3Dimensi untuk kotak terbaharu Kek Lapis Sarawak Siti Payung

Assalamualaikum salam sejahtera . 
Berikut merupakan paparan 3D untuk kotak terbaharu Kek Lapis Sarawak Siti Payung.


Cukup menarik perhatian. Inshaa Allah kotak yang bakal sedia ada ini akan bermanfaat buat para pelanggan dan pembeli Kek Lapis Sarawak Siti Payung.
Terima Kasih juga diucapkan khas kepada Galeri Kad Kahwin Miri kerana telah banyak membantu kami dalam penghasilan kotak ini.