www.sitipayung.com.my

Saturday, July 27, 2019

Saturday Is Grand Cleaning Day.

Beginilah rutin kami di #sitipayung setiap hujung minggu pada hari Sabtu.
Semua di kilang akan membuat pembersihan besar sebelum bercuti pada hari Ahad. Jadi hari Isnin boleh masuk kerja dengan hati senang dang bersemangat.
Antara pembersihan besar yang kita buat adalah buka dan cuci set grease trap dan buang sisa pepejal yang mengeras, mencuci mesin pencuci telur dengan pembasmi kuman, mengikis lebihan bancuhan kek di ketuhar oven, mengemop lantai dan celah celah keseluruhannya.
Ini pembudayaan berterusan. Alhamdulillah #allstar kami faham peri pentingnya keperluan menjaga kebersihan.

Image may contain: one or more people Image may contain: one or more people and outdoor Image may contain: one or more people and indoor
Image may contain: one or more people, people standing and indoor

Friday, July 26, 2019

Pn Sarimah Misman, Pengarah Negeri Malaysia Productivity Corporation menyatakan kekaguman dengan usaha syarikat Iana Corporation Sdn Bhd menubuhkan Galeri & Muzium Kek Lapis Sarawak Siti Payung sebagai salah satu usaha membawa jenama #sitipayung pergi lebih jauh.
Beliau juga menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama dan menjadikan Galeri kami sebagai pusat yang boleh direkomen, bahan berita atau liputan. Bagi kami ia suatu yang boleh membantu kami secara tidak langsung.
Turut hadir tadi adalah Timbalan Ketua Pengarah, MPC Malaysia Tn Hj Abdul Rahim Yusoff dan konsultan Program HACCP kami.
Terima kasih di atas kunjungan ini. Saya senyum dari jauh.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing Image may contain: 4 people, people smiling, people standing Image may contain: one or more people, people standing and indoor Image may contain: 1 person, standing and indoor

Image may contain: 3 people, people standing and indoor Image may contain: 5 people, people smiling, people sitting

Thursday, July 25, 2019

Lawatan 40 pegawai dari Majlis Perbandaran Bera, Pahang termasuk Yang Dipertua MPB turut sama hadir hari ini ke Galeri & Muzium Kek Lapis Sarawak Siti Payung.
Kunjungan lawatan adalah lawatan Penanda Aras ke pejabat Majlis Bandaraya Miri dan beberapa tempat lain. Kami amat berbangga kerana #sitipayung juga dipilih sebagai salah satu venue lawatan.
Kami di sini sentiasa mengalu-alukan kehadiran pelbagai agensi luar. Diharap dengan penubuhan Muzium & Galeri ini akan dapat memperkenalkan Miri kepada lebih ramai pengunjung.

Image may contain: 8 people, people standing 
Image may contain: 2 people, indoor Image may contain: 5 people, people standing

Image may contain: 3 people, people standing 

Wednesday, July 3, 2019

Hadiah buat ibu Siti Molek Matassan.

Kata semangatnya dan juga gambarnya yang besar akan diabadikan di Galeri & Muzium Kek Lapis Sarawak Siti Payung.
Bayangkan kalau gambar ini saja sudah mengujakan, berada di pusat informasi dan galeri nanti akan lebih memberikan semangat dan kepuasan.
Collage di belakang itu adalah koleksi gambar yang disimpan dan diambil dari tahun 2010-2019.
Terlalu banyak individu yang berjasa kepada #sitipayung.
Stay tune.
Siti Molek Matassan




Cerita tentang sejarah Siti Payung juga ada di ceritakan di Galeri & Muzium Kek Lapis Sarawak.
Ia berkait rapat dengan dua wanita hebat dari dua generasi ini.
Tak sabar rasanya hendak menyiapkan Ole-Ole terbaru dari #sitipayung.

Image may contain: 1 person, standing Image may contain: 1 person, standing Image may contain: 1 person, smiling, standing

Galeri & Muzium Kek Lapis Sarawak Siti Payung opening soon!

Galeri & Muzium Kek Lapis Sarawak Siti Payung akan dibuka tidak lama lagi.
Biar pun mungkin ada yang kata, syok sendiri kah, over claim kah, poyo kah tapi itulah usaha saya untuk terus menjadi PENERAJU dalam industri ini.
Setahu saya belum ada Galeri dan Muzium seumpama ini di Sarawak. Let me be the first in the industry. Hasrat yang terpendam terlaksana juga.
We are working very hard to make it happen walaupun dalam kepayahan dan keterbatasan kewangan. Ada duit kita invest lagi dan lagi especially for brand awareness.
We have so many memories to be put in this gallery. There are so many people that help us throughout our 10 years. The agencies, the funder, friends, customer, supplier, all Star and many more.

Image may contain: one or more people, people standing and text