Beginilah rutin kami di #sitipayung setiap hujung minggu pada hari Sabtu.
Semua di kilang akan membuat pembersihan besar sebelum bercuti pada hari Ahad. Jadi hari Isnin boleh masuk kerja dengan hati senang dang bersemangat.
Antara pembersihan besar yang kita buat adalah buka dan cuci set grease trap dan buang sisa pepejal yang mengeras, mencuci mesin pencuci telur dengan pembasmi kuman, mengikis lebihan bancuhan kek di ketuhar oven, mengemop lantai dan celah celah keseluruhannya.
Ini pembudayaan berterusan. Alhamdulillah #allstar kami faham peri pentingnya keperluan menjaga kebersihan.