www.sitipayung.com.my

Tuesday, September 3, 2019

Ikon OKU Kebangsaan Mohd Suku Ibrahim berkunjung ke Galeri & Muzium Kek Lapis Sarawak Siti Payung

Hari ini Galeri & Muzium Kek Lapis Sarawak Siti Payung dikunjungi insan istimewa yang banyak member inspirasi kepada rakyat Malaysia.
Terkejut saya apabila gambar keluarga ini di hantar ke group WA kami tadi. Terus saya minta mereka merakam lebih banyak gambar kenangan.
Kami telah dikunjungi oleh Saudara Mohd Sukur Bin Ibrahim. IKON OKU Kebangsaan yang memberi inspirasi kepada ramai orang diluar sana. Beliau mempunyai follower seramai hampir 35,000 di pagenya dan sering berkongsi tips kejayaan diri.
Saudara Mohd Sukur adalah pemenang Anugerah OKU Cemerlang Kebangsaan (Keusahawanan) yang menjalankan bisnes perkhidmatan membekal dan memasang permaidani ‘wall-to-wall’ untuk masjid, pejabat dan lain-lain melalui syarikat miliknya, D Strike Solution sejak 2010. Bekas graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dari Universiti Kebangsaan Malaysia ini juga merupakan seorang penceramah motivasi dan penasihat kewangan.

Image may contain: 1 person Image may contain: 7 people, people smiling, people standing and indoor 
Image may contain: 5 people, people smiling, people standing