www.sitipayung.com.my

About

 Kek Lapis Sarawak Siti Payung
(Resepi Istimewa & Asli Bumi Sarawak)

Kek Lapis Sarawak Siti Payung diadun dari bahan-bahan yang bermutu,halal dan terpilih.Setiap kek lapis yang dibuat mempunyai rasa yang berbeza,pasti tidak sama dengan yang dijual di kedai kek lapis biasa atau pasaraya. Keenakan dan kesegaran kek ini dapat dirasai berbulan-bulan. Hanya mereka yang biasa memakan kek lapis sahaja akan dapat merasai perbezaannya.

Kek Lapis Sarawak Siti Payung boleh dimakan oleh semua pihak dan paling sesuai dijadikan buah tangan sempena hari kebesaran seperti Hari Raya Aidilfitri,Hari Raya Aidiladha,Tahun Baru Cina,Deepavali,Krismas,Gawai,Keamatan dll. Ia juga sesuai diberikan sebagai buah tangan majlis keraian seperti Perkahwinan,Ulang Tahun Syarikat,Hari Jadi dll. 
Cubalah sekali,pasti akan mencari lagi.



Siti Payung
Bukan Sekadar Kek Lapis Biasa

Siti Payung merupakan nama gelaran kepada seorang ibu hebat semasa beliau muda.Nama gelaran ini diberikan kerana cara beliau menjual kek mengelilingi kampung dengan menggunakan payung. Nama beliau adalah Siti Jaharah yang mewariskan ilmu dan semangat keusahawanan kepada anaknya kini.