www.sitipayung.com.my

Wednesday, September 16, 2020

Business Sustainability & Dying Factor.

Yahoo adalah sebuah "search engine" yang makin tenat. Pada 2005 ia antara 2 raksaksa hebat, ada beberapa kali mereka terlepas peluang mengubah sejarah.

Pertama pada 2002 mereka hampir membeli Mr Google, CEO Yahoo, Terry Semel pada masa itu kemudian menolak urusniaga yang bernilai USD 5 bilion itu. Kini Mr Google dengan seluruh rangkaiannya bernilai lebih dari USD 500 bilion...kalaulah mereka beli masa tu. 

Kedua pada 2006, Yahoo hampir membeli Facebook, namun apabila pihak pengurusan atasan Yahoo merendahkan nilai tawaran pembelian, Mark Zuckerberg menarik diri...bayangkan jika pembelian tersebut berjaya tempohari. 

1. Banyak syarikat fokus pada "commercial market" ( pasaran pembeli ) untuk berkembang..ini bukan salah. 

2. Namun mereka lalai "develop" syarikat untuk tarik orang dari "competency market" ( pasaran pekerja ) untuk join mereka. 

3. Sebuah syarikat harus ambil tahu dimana pekerja terbaik berkumpul dan apa yang perlu di buat untuk memancing mereka datang. 

4. Syarikat juga selalu terlepas pandang pada "capital market", iaitu pasaran modal.

5. Apa ciri yang syarikat perlu ada untuk menarik para pemodal ini? bagaimana pemodal membuat keputusan pelaburan mereka? Syarikat harus mencipta dari awal persekitaran yang boleh memancing pelabur ini datang. 

6. Pelanggan, pekerja dan pelabur adalah 3P yang saling berputar untuk bantu syarikat berkembang.  3P ini ada kuasa "snowball effect" buat syarikat berkembang. 

7. Tanpa pekerja yang baik syarikat kekurangan tentera yang hebat untuk menang dalam perang persaingan. 

8. Tanpa pemodal pula syarikat mungkin kekurangan kelengkapan untuk terus menggempur dan menang. 

9. Tanpa pelanggan baru syarikat tidak memiliki tanah jajahan baru, syarikat kekal dalam "track" lama dan bakal kena tinggal dengan pesaing. 

10. "Snowball effect" adalah keadaan dimana hasil ( revenue ) berkembang dengan perlahan di peringkat awal seperti golekan sebutir batu kecil di atas gunung salji.

11. Namun semakin ia begolek turun ke bawah... gumpalan salji menjadi semakin besar dan besar hingga kemaraannya tidak mampu di tahan lagi. 

13. Dari pengalaman...saya pernah melihat dua kali kesan fenomena ini berlaku dalam perniagaan, pertama "Snowball effect " milik Zaitun dan kedua " Snowball effect " milik Pearson Education.

14. Syarikat harus mencipta strategy dalam diam untuk membentuk " Snowball effect" mereka sendiri dalam segment yang dipilih. Ini membolehkan syarikat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih lama. Mencipta "Snowball effect" adalah kerja sukar namun bukanlah mustahil.

                                    Universiti Realiti
                                 Adli Azamin Shukri