Lawatan 40 pegawai dari Majlis Perbandaran Bera, Pahang termasuk Yang Dipertua MPB turut sama hadir hari ini ke Galeri & Muzium Kek Lapis Sarawak Siti Payung.
Kunjungan lawatan adalah lawatan Penanda Aras ke pejabat Majlis Bandaraya Miri dan beberapa tempat lain. Kami amat berbangga kerana #sitipayung juga dipilih sebagai salah satu venue lawatan.
Kami di sini sentiasa mengalu-alukan kehadiran pelbagai agensi luar. Diharap dengan penubuhan Muzium & Galeri ini akan dapat memperkenalkan Miri kepada lebih ramai pengunjung.