www.sitipayung.com.my

Sunday, December 18, 2016

Siti Payung Di Tanah Suci.

#sitipayung di Tanah Suci.


Hati siapa yang tak girang menerima gambar ini.
Terima kasih sahabat Nurmi Samion.
Dia yang designkan logo ini 7 tahun lalu, dia juga yang membawakan logo ini ke tanah suci buat pertama kali.
Semoga Siti Payung terus maju jaya.


Sunday, December 11, 2016

Siti Payung di MAHA2016.

Seronoklah kita dapat mengikuti pelbagai aktiviti yang dijalankan di #sarawakpavilion di #maha2016. Ramai betul orang semenannung Malaysia yang mahu mencuba pelbagai kebudayaan, makanan dan etnik #sarawak.

Meriah. Artis datang. Rakan sekolah datang. Biskaunselor datang. Semangat datang. Duit datang. Positif datang. Ai..memang seronoklah.





MAHA Hari Terakhir Bersama Timbalan Perdana Menteri.
Seronoklah rasa di hati, pada hari terakhir ini kami dikunjungi oleh TPM kita, YB Datuk Seri Ahmad Zahidi ke #sitipayung di Pavilion Sarawak.
Syukurlah kami masih mempunyai kek untuk ditunjukkan dan dijadikan buah tangan buat beliau.
Syukur jugalah mem saya Juliana Abu Bakar yang cantik menjadi main actor semasa kedatangan beliau.
Di hari terakhir ini mari jemput datang ke booth kami dan dapatkan kek kami yang sedap dan original dari Sarawak.