www.sitipayung.com.my

Wednesday, July 26, 2017

Pembungkusan Baru

Ini target pembungkusan baru di tahun baru 2018.
#sitipayung akan terus melakukan penambahbaikan berterusan bagi menambat hati seluruh warga Malaysia, Brunei & Singapore.
Terima kasih di atas sokongan semua. Kami bukan setakat menyayangi anda, tetapi kami menghargai anda semua.


Pavilion Produk Sarawak


Siang tadi selesai menghantar dokumen dan samples kepada pegawai MID Mr Kato di Dewan Dun Lama Sarawak.

Kami di #sitipayung berhasrat untuk menjadi salah satu vendor bagi kek lapis ke Pavilion Produk Sarawak yang akan dibuka di Wangsa Maju pada Okt-Nov ini.

Bangunan 5 tingkat itu nanti akan menempatkan di antara lain ruang niaga pelbagai produk dan kluster atau one stop center produk Borneo,ia juga akan menjadi medan perjumpan, inap singgah, cafe makanan Sarawak dll. Syabas kepada pihak MID yang mengusahakan projek ini.

Usahawan yang berminat, peluang masih terbuka. Sila respond secepat mungkin seperti dalam infografik dibawah.





Tuesday, July 25, 2017

Beg Kandung Kasut.
Selepas mendapat idea dari seorang pelanggan kami beberapa hari lepas saya pun buat benda yang sama bagi meraikan para haji dan hajah.
Kebetulan ibu saya Siti Molek Matassan akan menunaikan haji jadi saya buatkan untuk beliau dan rakan-rakannya seramai 40 orang beg sebegini.
Tujuannya supaya beg ini dapat meletakkan kasut mereka supaya tidak hilang dan mudah dicari.
Biarlah beg biru #sitipayung ini terbang jauh ke tanah suci sambil kita minta mereka mendoakan kami semua di #iana.


Friday, July 14, 2017



Warna-Warna Kehidupan

WARNA-WARNI KEHIDUPANPada suatu masa, warna-warna dunia mulai bertengkar. Semua menganggap dirinya yang terbaik. yang paling penting, yang paling bermanfaat dan yang paling disukai.
Hijau berkata "Akulah yang terpenting, aku adalah petanda kehidupan dan harapan. Aku dipilih untuk mewarnai rerumput, pepohon dan dedaun. Tanpa aku, semua haiwan akan mati. Lihatlah ke pedalaman, aku adalah warna yang menghiasi kawasan itu".
Biru menyampuk, " Kamu hanya berfikir tentang bumi, pertimbangkanlah langit dan lautan yang luas. Airlah yang menjadi dasar kehidupan dan awan mengambil kekuatan dari kedamaian dan ketenangan. Tanpa kedamaian, kamu semua tidak akan menjadi apa-apa".
Kuning pun bersuara, "Kenapa kamu semua kelihatan benar-benar serius? Aku membawa tawa, kesenangan dan kehangatan bagi dunia. Matahari berwarna kuning dan bintang-bintang berwarna kuning. Setiap kali ketika melihat bunga matahari, seluruh dunia mulai tersenyum. Tanpa aku, dunia tidak ada kesenangan".
Oren menyusul "Aku adalah warna kesihatan dan kekuatan. Aku jarang-jarang kelihatan, tetapi aku berharga kerana aku mengisi keperluan kehidupan manusia. Aku membawa vitamin-vitamin terpenting. Aku tidak ada di mana-mana setiap saat, tetapi aku mengisi iazuardi saat fajar atau saat matahari terbenam. Keindahanku begitu menakjubkan hingga tak seorang pun dari kalian akan berbetik di fikiran orang".
Merah tidak boleh berdiam lebih lama dan berteriak, "Aku adalah pemimpin kalian. Aku adalah darah-darah kehidupan!, Aku adalah warna bahaya dan keberanian. Aku berani untuk bertempur demi suatu kuasa. Aku membawa api ke dalam darah. Tanpa aku, bumi akan kosong laksana bulan. Aku adalah warna hasrat dan cinta, mawar merah, dan bunga poppy".
Ungu bangkit dan berdiri setinggi-tingginya ia mampu. Ia memang tinggi dan berbicara dengan keangkuhan. "Aku adalah warna kerajaan dan kekuasaan. Raja, pemimpin memilih aku sebagai petanda kekuasaan dan kebijaksanaan. Tidak seorang pun menentangku. Mereka mendengarkan dan menuruti kehendakku".
Akhirnya biru gelap berbicara perlahan dari yang lainnya, namun dengan kekuatan niat yang sama "Fikirlah tentang aku. Aku warna diam, kalian jarang memperhatikanku, namun tanpaku kalian semua menjadi janggal. Aku mempersembahkan pemikiran dan refleksi, matahari terbenam dan kedalaman laut. Kalian memerlukan aku untuk keseimbangan dan perbezaan, untuk doa dan ketenteraman batin".
Semua warna terus menyombongkan diri masing-masing yakin akan kepentingan dirinya. Perdebatan mereka menjadi semakin deras. Tiba-tiba sinar halilintar melintas membutakan. Guruh menggelegar. Hujan mulai turun. Warna-warna terkedu bersama ketakutan, berdekatan satu sama lain mencari ketenangan.
Di tengah suara gemuruh, hujan berbicara, "Hai warna-warna yang tolol, kalian bertengkar satu sama lain, masing-masing ingin mendominasi yang lain. Tidakkah kalian tahu bahawa kalian masing-masing diciptakan untuk tujuan khusus dan berbeza? Berpegangan tanganlah dan mendekatilah kepadaku!"
Menuruti perintah, warna-warna kehidupan berpegangan tangan mendekati hujan, yang kemudian berbicara. "Mulai sekarang, setiap kali hujan turun, masing-masing dari kalian akan membusarkan diri sepanjang langit bagai busar warna sebagai pengingat bahawa kalian semua dapat hidup bersama dalam kedamaian. Pelangi adalah petanda harapan hari esok".
Jadi, setiap kali HUJAN deras turun membasahi dunia dan saat pelangi memunculkan diri di angkasa marilah kita saling mengingati untuk menghargai satu sama lain.