www.sitipayung.com.my

Wednesday, October 21, 2015

Fiesta BH Muslimah

4HARI lagi inshaAllah!


Kek lapis Sarawak siti payung akan berada di Fiesta BH Muslimahhujung minggu ni!
Jom dapatkannnya di booth The Food Co (berhadapan booth Naelofar Hijab) di
MATRADE,Jalan Duta Kuala Lumpur pada 24&25 Oktober ini.

InsyaAllah ada lebih kurang 5perisa yang akan dijual nanti dan yang paling best,
TESTER akan disediakan.Boleh cuba dulu sebelum beli.Jangan lupa beli lebih untuk mak,ayah,kakak,abang,adik beradik ipar ke  

So jangan lupa temu janji anda bersama Siti Payung di

Event: Fiesta BH Muslimah
Date: 24&25 Oktober 2015
Masa: 10am-10pm
Lokasi: MATRADE,jln Duta,Kuala Lumpur.\

Monday, October 19, 2015

Lawatan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Siti Payung


Lawatan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak.
 Alhamdulillah , seramai 33 orang peserta kursus dan 6 orang Pembimbing Usahawan yang terdiri daripada Usahawan Mikro Kebajikan telah membuat lawatan ke kilang/kedai ‪#‎sitipayung‬.

Semoga ilmu dan penerangan yang telah dikongsikan bersama tadi mengenai kaedah pembungkusan dan perlabelan cukup bermanfaat buat peserta kursus terutamanya untuk para usahawan. Semoga kita berjumpa lagi!



Wednesday, October 7, 2015

Janji Siti Payung


Tiada Kompromi !!

Kami tidak akan berkompromi terhadap produk kami yang rosak atau yang tidak menepati kriteria kami.Namun, kadangkala mungkin kami terlepas pandang jika.

Oleh itu, jika terdapat kerosakan pada produk kami, pelanggan berhak memulangkan pembelian dan mendapat kembali pembayaran atau pertukaran penuh tanpa banyak soal.

Monday, October 5, 2015

Ekspo Siti Payung sempena Program Francais Komuniti Sarawak

Campak balik cerita semalam di Bintang Megamall Miri. Alhamdulillah . Siti Payung juga telah mendapat sambutan yang baik daripada para pelanggan yang asalnya daripada Semenanjung,Brunei dan terutamanya warga Sarawak.


Saya masih teringat akan kejadian yang bagi saya amat melucukan semalam dimana seorang budak chinese girl siap bergaduh ala-ala manja lagi with her mom.Her daughter prefer her mom to buy our Oreo Kek Lapis maybe she love its but her mom menolak keras permintaan her daughter and her mom only buy our Masam Manis Kek Lapis. Her daughter siap menangis and menjerit just because her mom tak belikan dia kek lapis oreo itu tadi . 


conclusion nya disini, to all mom and dad, tak salah kan kalau kita just follow apa yang anak-anak kita nak as long as perkara tu tak menjejaskan. Maybe our children will be happy right?
Apa-apa pun terima kasih pada yang berkunjung dan membeli Kek Lapis Sarawak Siti Payung  .
Sehingga kita berjumpa lagi yah!




Friday, October 2, 2015

Expo Kek Lapis Sarawak Siti Payung di Alor Setar,Kedah

Assalamualaikum warga Alor Setar tersayang..



Kami Siti Payung akan berada di Alor Setar bermula 1/10-4/10 ini bagi memeriahkan Festival Pertubuhan Kebangsaan 2015 bersama ratusan badan pertubuhan dan ngo yang lain.

Kami juga mahu memperkenalkan pengedar terbaru kami di Alor Setar iaitu Cik Shahidah yang akan bekerjasama dengan kami membantu orang Kedah untuk merasai Kek Lapis Sarawak original dari Siti Payung.Cik Shahidah boleh dihubungi melalui talian ini 019-451 4966.



Friday, September 25, 2015

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum Bismillahirahmanirrahim..


Kami staff dari Kek Lapis Sarawak Siti Payung ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua saudara Islam yang lain.. Mohon maaf jika ada terlanjur kata silap dan salah yang telah dilakukan sengaja ataupun tidak .. 
Semoga kita dapat menghayati erti sebuah pengorbanan yang sebenar iaitu ditunaikan kerana Allah Taala . Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim menyembelih anak kandungnya Nabi Ismail mempamerkan sifat ketakwaan dan ketaatan seorang hamba Allah demi menegakkan Agama Islam walaupun terpaksa mengorbankan anak kesayangan nya sendiri . Harus diingat bahawa setiap dari kita berpotensi untuk melakukan pengorbanan .

   Memetik kata2 seorang cendiakawan , : " Isteri jadilah Siti Hajar walau suami bukan Nabi Ibrahim dan jadikan anak2 kita Nabi Ismail"


.



Wednesday, September 23, 2015

Paparan 3Dimensi untuk kotak terbaharu Kek Lapis Sarawak Siti Payung

Assalamualaikum salam sejahtera . 
Berikut merupakan paparan 3D untuk kotak terbaharu Kek Lapis Sarawak Siti Payung.


Cukup menarik perhatian. Inshaa Allah kotak yang bakal sedia ada ini akan bermanfaat buat para pelanggan dan pembeli Kek Lapis Sarawak Siti Payung.
Terima Kasih juga diucapkan khas kepada Galeri Kad Kahwin Miri kerana telah banyak membantu kami dalam penghasilan kotak ini.