www.sitipayung.com.my

Saturday, March 25, 2017

Saya amat BERSYUKUR & Terhutang BUDI & KASIH pada semua RAKAN-RAKAN.
Senang rasa hati setelah selesai proses perolehan bangunan baru Siti Payung di AWalk Commercial Centre di Jalan Miri Airport.
Keterujaan mendapatkan bangunan ini melenyapkan rasa penat dan liku-liku payah bagaimana usaha kami mendapatkannya. Payahnya menjaga rekod. Payahnya mengumpul duit. Syukur.
If i can only give my credit, i would like to say thank you very much to you for all efforts, helps, doa, friends recommendation, word of mouth, supports & motivation you gave to me, to Siti Payung, to Iana Corporation Sdn Bhd, to Miri Cheap Printing, to Borneo Outlet Store, to Juliana and to all of our staff and us.
Yes, it might be small to you but big to me.
 Yes, it might be nothing to you but something to me.
A very big THANK YOU and my humble appreciation goes to you.
Hafidz & Juliana
Credit to Mohd Hafidz Ras

    

Kek Lapis Sarawak Siti Payung


Kami menjual, membuat penghantaran ke hotel dan membuat pengeposan ke Serata Malaysia bagi produk utama kami ini.

Siti Payung dihasilkan dengan bahan berkualiti yang terpilih dan diadun dengan mengambil kira citarasa serta keperluan semasa. Pilihan roll coklat seperti Cadburry, Nuttela, Mint Chocolate memang menjadi pilihan popular.


#sitipayung telah mendapat pensijilan halal yang bermaksud bahan yang dipilih bukan saja halal malah aspek pembuatannya juga memenuhi kehendak kebersihan dan keselamatan makanan. Siti Payung juga merupakan pemegang sijil MeSTI dan Sarawak Best.





Amazing.

Roll Cadburry kalau kita buat cepat saja habisnya. Jadi hari ini kita buat lagi stok kek ini. Musim-musim cuti sekolah ni ramai yang bawa balik kek #sitipayung sebagai buah tangan.

Pembelian di Borneo Outlet Store ada diskaun 10%. Marilah.



Thursday, March 23, 2017

Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan kami yang menulis mengenai #sitipayung di blog kalian. Saya amat menghargainya.

Jika anda penulis blog dan mahu melawat Siti Payung bolehlah maklumkan kepada kami untuk kami berikan bahan berita.
Sementara itu, jemput baca blog ini yang ditulis oleh pelanggan kami.


Monday, January 2, 2017

Lawatan daripada National University of Singapore.


Orang Jauh Datang Bertandang.
Membawa Hajat Mengenal Adat.
Belajar Melapis Hasrat Bersarang.
Membawa Pengalaman Biar Tersemat.

Kami amat berbesar hati dapat menerima kunjungan seramai lebih 10 pelajar dari National University of Singapore yang melawat ke Miri dan mahu mempelajari teknik-teknik pembuatan kek lapis Sarawak.
Wajah seronok yang mengujakan. #sitipayung amat berbangga.





Sunday, December 18, 2016

Siti Payung Di Tanah Suci.

#sitipayung di Tanah Suci.


Hati siapa yang tak girang menerima gambar ini.
Terima kasih sahabat Nurmi Samion.
Dia yang designkan logo ini 7 tahun lalu, dia juga yang membawakan logo ini ke tanah suci buat pertama kali.
Semoga Siti Payung terus maju jaya.


Sunday, December 11, 2016

Siti Payung di MAHA2016.

Seronoklah kita dapat mengikuti pelbagai aktiviti yang dijalankan di #sarawakpavilion di #maha2016. Ramai betul orang semenannung Malaysia yang mahu mencuba pelbagai kebudayaan, makanan dan etnik #sarawak.

Meriah. Artis datang. Rakan sekolah datang. Biskaunselor datang. Semangat datang. Duit datang. Positif datang. Ai..memang seronoklah.





MAHA Hari Terakhir Bersama Timbalan Perdana Menteri.
Seronoklah rasa di hati, pada hari terakhir ini kami dikunjungi oleh TPM kita, YB Datuk Seri Ahmad Zahidi ke #sitipayung di Pavilion Sarawak.
Syukurlah kami masih mempunyai kek untuk ditunjukkan dan dijadikan buah tangan buat beliau.
Syukur jugalah mem saya Juliana Abu Bakar yang cantik menjadi main actor semasa kedatangan beliau.
Di hari terakhir ini mari jemput datang ke booth kami dan dapatkan kek kami yang sedap dan original dari Sarawak.