www.sitipayung.com.my

Monday, January 2, 2017

Lawatan daripada National University of Singapore.


Orang Jauh Datang Bertandang.
Membawa Hajat Mengenal Adat.
Belajar Melapis Hasrat Bersarang.
Membawa Pengalaman Biar Tersemat.

Kami amat berbesar hati dapat menerima kunjungan seramai lebih 10 pelajar dari National University of Singapore yang melawat ke Miri dan mahu mempelajari teknik-teknik pembuatan kek lapis Sarawak.
Wajah seronok yang mengujakan. #sitipayung amat berbangga.





Sunday, December 18, 2016

Siti Payung Di Tanah Suci.

#sitipayung di Tanah Suci.


Hati siapa yang tak girang menerima gambar ini.
Terima kasih sahabat Nurmi Samion.
Dia yang designkan logo ini 7 tahun lalu, dia juga yang membawakan logo ini ke tanah suci buat pertama kali.
Semoga Siti Payung terus maju jaya.


Sunday, December 11, 2016

Siti Payung di MAHA2016.

Seronoklah kita dapat mengikuti pelbagai aktiviti yang dijalankan di #sarawakpavilion di #maha2016. Ramai betul orang semenannung Malaysia yang mahu mencuba pelbagai kebudayaan, makanan dan etnik #sarawak.

Meriah. Artis datang. Rakan sekolah datang. Biskaunselor datang. Semangat datang. Duit datang. Positif datang. Ai..memang seronoklah.





MAHA Hari Terakhir Bersama Timbalan Perdana Menteri.
Seronoklah rasa di hati, pada hari terakhir ini kami dikunjungi oleh TPM kita, YB Datuk Seri Ahmad Zahidi ke #sitipayung di Pavilion Sarawak.
Syukurlah kami masih mempunyai kek untuk ditunjukkan dan dijadikan buah tangan buat beliau.
Syukur jugalah mem saya Juliana Abu Bakar yang cantik menjadi main actor semasa kedatangan beliau.
Di hari terakhir ini mari jemput datang ke booth kami dan dapatkan kek kami yang sedap dan original dari Sarawak.


Saturday, November 12, 2016

Persediaan MAHA 2016-SITI PAYUNG

Ehem..ehem...

Mesin-mesin kecil untuk membantu jualan baru sampai. Jauh kita terbangkan sebab nak bungkus banyak kek #sitipayung untuk #maha2016.

Kami di Siti Payung tetap positif dan harus berfikiran positif dan bekerja keras di saat genting begini.
Kami kuat kerana anda semua ada bersama kami. Doa-doa anda penguat kami.
#sitipayung #maha2016 #ss

               

Wednesday, November 9, 2016

Media Sosial Siti Payung


Antara media sosial Kek Lapis Sarawak Siti Payung.Segala maklumat dan aktiviti-aktiviti kami anda boleh dapati dari ke empat-empat media di bawah.

Sebarang tempahan atau pertanyaan boleh lah direct inbox page atau whatsapp pada nombor yang tertera.Terima Kasih. 
#sitipayung #keklapissarawak #contactinfo #ss



TEKNIK PENYEDIAAN SEBUT HARGA,TENDER & EBIDDING.#SITIPAYUNG






 7-9 December 2016.

Teknik Penyediaan Sebutharga, Tender & eBidding.

Beribu kilometer jauhnya di KL, Iana Goc Sarawak #iana telah menghantar team power kami Ms Henry Laura bagi mendapatkan ilmu mengenai proses dan teknik penyediaan sebutharga, tender & ebidding bersama guru Aida Aidaq.

Semoga usaha ini akan terbayar ROI nya nanti. Kita ahli perniagaan memang kekal positif dan sentiasa percaya rezeki itu ada untuk orang yang berusaha.

Lagi-lagi di saat kita perlahan dan kurang kerja jadi perkara sesuai yang patut dilakukan adalah menambah ilmu pengetahuan.

Sunday, October 23, 2016

Ustaz Don di Siti Payung.

Ustaz Don berkunjung ke #sitipayung.

Berbungalah rasa di hati apabila hari ini kita dikunjungi oleh ustaz muda yang bagi saya cukup berhemah dan berhujah dalam ilmu yang beliau fahami sebaiknya.


Terima kasihlah Ustaz Nassru Mohd, ustaz hebat kita juga yang bagi saya setaraf ustaz selebriti orang Miri. Tanpa usaha pihak-pihak seperti #nasrcafe#nurhotel #pendermabudiman yang cuba membawa ilmuwan ke sini payahlah kita mendapatkan ilmu terus dari mereka.