#hppnk2015 & #sitipayung berada di Kota Samarahan.
Meriah dan bangga apabila Sarawak menjadi tuan rumah Fiesta Hari Peladang, Penternak & Nelayan terbesar setiap tahun. Walaupun diadakan di Kota Samarahan yang agak jauh dari Bandar Kuching ia tidak menghalang usaha kerajaan negeri untuk membangun dan memperkenalkan bandar kecil ini.
#sitipayung yang pergi atas tiket Jabatan Pertanian Sarawak turut merasa gembira walaupun terdapat ramai rakan lain yang menjual produk sama. Bak kata Ketua Unit IAT kami dengan loghat orang Ulu-nya "Takpa Hafiz you pergi saja, tidaklah setiap kali buat duit banyak yang Brand Presence you tu ada"
#meeudang kami juga walaupun tidak mencapai target jualan semalam, kami masih menaruh harapan paling tidak pun breakeven. Rasanya memang dah sedap. Power. Sedap air tangan ketua tukang masak Siti Molek Matassan & Aida. Apapun kita hanya merancang dan segalanya ditentukan oleh tuhan yang maha esa.
Apapun yang paling penting adalah pengalaman yang diberikan kepada semua #allstar#ianagroup untuk melihat kerja dalam konteks keusahawanan. Apabila kita mampu melihat sesuatu dalam senario orang berniaga itu akan membantu kita improve dari banyak segi seperti melayani pelanggan, membuat sales, berfikir sebagai majikan, penghormatan kepada ketua. Ini semua pada akhirnya akan memberi faedah kepada kita semua.
Pagi ini di hari kedua saya menukar strategi dengan selamba badak mengambil peluang berjualan di Popular Dishes kerana peluang disana lebih banyak. Saya tak rasa menumpang di tepi dengan menggunakan sepanduk manila promosikan mee udang sebagai satu kesalahan