www.sitipayung.com.my

Tuesday, January 26, 2016

Makmur Bersama.
‪#sitipayung‬ bukan hanya menjual Kek Lapis Sarawak yang orang heboh-hebohkan sedap dan pernah masuk Potret Niaga TV3 itu. Kami juga membantu perusahaan kecil di Miri dengan mengambil mereka sebagai vendor bagi jualan retail kami.
Halizaku Liza telah menjadi vendor kami selama lebih 5 tahun dan membuat tambahan sebanyak RM600-800 sebulan. Produknya laku keras dan berkotak-kotak apabila raya menjelma.
Hjh Norma Yahya juga tak kurang hebatnya walau hanya menjual Kuih Ream dan Bubur Pedas. Dapatlah tambahan RM200-RM400 sebulan. Untung seposen dua jadilah bagi kami.
Rusaimah Sani dengan produk jenama MyD juga semakin hebat dengan jualan antara RM600-RM700 sebulan. Snek Ikan Gunting Asam Boi yang dihasilkan merupakan produk yang laku di kedai kami. Eh banyaklah..bukan itu saja.
Morshidi Moris yang mengeluarkan Paste Laksa Sarawak atas nama Leni's juga semakin hebat dengan purata 300-400 paket sebulan.
Ismail Mustaffa pun tak kurang hebatnya. Produk asas matahari iaitu Serunding Ayam dan Serunding Daging yang baru kami kenalkan juga diharap mendapat sambutan.
Juliana Abu Bakar dengan biskut sihat atas jenama Syuqalah-Kami Sukalah juga tak kurang hebatnya. Berkotak-kotak juga menjelang raya.
Mahera Surono wanita gigih juga seronok menuai hasil di antara RM600-1200 setiap bulan dengan menghantar Kek Prune dan Ikan Terubok Masin.
Sesungguhnya kita semua perlu berusaha menambah pendapatan. Hidup bukan senang. Payah. Complain di facebook sahaja tidak membawa duit masuk. Tiada kerja goyang kaki yang boleh bawa duit masuk kecuali goyang kaki di mesin jahit.
Saya mengalu-alukan vendor yang mahu meletakkan barang di Siti Payung. Ada beberapa terma-terma yang perlu diikuti. Biskut kami tak terima.








No comments:

Post a Comment