www.sitipayung.com.my

Friday, January 26, 2018

Tips Murah Rezeki Dalam Perniagaan

Image may contain: text

Tips murah rezeki dalam perniagaan

Untuk itu, bagi memastikan 9/10 Rezeki perniagaan itu sentiasa diberkati, pastikan cara kita menarik rezeki itu juga adalah mengikut landasan yang betul InsyaAllah.

Perlu dingat bahawa, dalam mengejar keuntungan, juga bakal datang kepada seorang peniaga. Rezeki Allah swt telah ditentukan. Tetapi kita masih perlu berusaha.
Berniagalah dengan amanah dan jangan sekali-kali cuba menipu dalam sukatan dan timbangan, barulah perniagaan itu kekal dan berkat.
Perniagaan mendidik diri kita agar menjadi insan yang sabar, redha, tabah, jujur dan cekal. Dari sini, kita akan lebih bersyukur dengan rezeki dan nikmat yang dilimpahkan.
Rasuah merupakan salah satu dosa besar dalam Islam. Ia kerap berlaku dalam pelbagai bidang termasuklah dalam perniagaan. Jauhkan dari dosa besar ini.
Sentiasa senyum pada pelanggan. Senyum umpama magnet rezeki untuk peniaga.
Pastikan tempat berniaga sentiasa bersih. Sekiranya berniaga dari rumah pun sama juga, pastikan meja dan bilik sentiasa kemas dan teratur.
Jangan sombong dalam mencari ilmu berniaga. Hormati ilmu tak kira tahap mana pun perniagaan kita.