Thruth in Menu.
Penggunaan Mentega & Margarine.
Ini adalah nilai islamic dan patuh syariah yang saya belajar dan terapkan dalam perniagaan #sitipayung yang kami jalankan. Perkara ini juga saya pelajari semasa mengambil Diploma in Hotel Management dulu.
Marjerin adalah diperbuat dari minyak kelapa sawit, garam, air, pewarna, perisa, antipengoksida dan lain-lain. Ia bewarna kuning dan tidak mengandungi lemak susu.
Antara jenama margarine yang sering digunakan adalah jenama seperti Planta atau Daisy.
Butter atau mentega merupakan produk industri susu di mana bahan utama pembuatannya berasal daripada susu (80-82 peratus) yang diproses dgn cara memisahkan pepejal lemak dan air.
Ini ditambah dengan bahan tambahan lain seperti air, garam dan pepejal susu (curd) selain diperkaya dengan vitamin A, D, E dan K yang tidak larut air.
Antara jenama butter yg sering didapati di pasaran ialah SCS, Golden Churn, Lurpak, President, Anchor dan Bulla.
Farmcow & Buttercup bukanlah mentega atau BUTTER walaupun ia bermula dengan panggilan butter.
Lalu kami di Siti Payung gunakan apa?
Kami menggunakan special cake margarine. Ia disahkan halal, berkualiti, buttery taste, smell butter and creamery. Semasa proses R&D kami dulu kami banyak mencuba-cuba sehingga kita kekal pada penggunaan special cake margarine ini.
Kami tidak menipu pelanggan kami dengan mengatakan kami menggunakan butter padahal tidak.
Tapi apa nak pening kepala. Memang diakui kek lapis Siti Payung lebih sedap beli dan tempah sajalah dengan kami. Whatsapp saja Cik Siti kita di wasap.my/60168702385 atau shopping aja di www.sitipayung.com.mylazada, shopee, PG Mall atau Halal Master.
Di KL kami ada di #sarawakproductpavilion, Agrobazaar KLIA2, AKS Sport Bangi, Food Master tengah nak adjust lagi ni. Jika berminat nak tambah duit marilah jangan malu jangan segan call saya.
Kaki saya di seluruh negara sudah bersedia membantu anda semua dapatkan kek raya yang lebih shedap.