www.sitipayung.com.my

Monday, October 29, 2018

Suntikan Tifoid Satu Kewajipan di Siti Payung

Di #sitipayung semua pembuat #keklapis kami diwajibkan mengambil suntikan Tifoid ini. Saya kira sejak awal penubuhan kami, kami telah menyuntik tidak kurang 40 kali kepada semua staf.
Ya lah.. Ada staf yang berhenti dan perlu disuntik semula selepas 2 tahun. Malaysian kah, Indonesian kah, nampak sihat kah semua wajib dicucuk.
Ia pelaburan kami untuk memastikan kami memberikan kek lapis yang selamat untuk semua.
*******

Image may contain: text
BEWARE GUYS....
Nak bercerita pula pasal sejarah Tifoid ini..
Ia kisah nan panjang,
Tapi siapa nak ilmu,
Jemputlah baca sehingga noktah terakhir 😆
.
.
Ia bermula dengan nama seorang wanita Mary Mallon.
Beliau berasal dari Ireland kemudian berhijrah ke AS untuk mencari rezeki.
Umurnya 14 tahun ketika itu.
Kerja yang dilakukan adalah menjadi tukang masak untuk keluarga orang kaya.
Air tangan Mary sebenarnya mampu menyediakan hidangan yang cukup menyelerakan.
Malangnya, ia membawa sejenis kuman pembawa maut - bakteria Salmonella typhi (S. typhi).
.
.
Mary pada mulanya menjadi tukang masak di rumah orang kaya di Mamaroneck, New York pada tahun 1900 sebelum berpindah ke Manhattan.
.

Kedua-dua keluarga majikannya itu mendapat demam dan cirit-birit, sebahagian gejala tifoid atau demam kepialu, manakala seorang tukang cuci meninggal dunia.
.
Mary kemudiannya bekerja pula dengan seorang peguam dan berhenti selepas tujuh hingga lapan orang ahli keluarga tuannya itu mengalami peristiwa sama.
.
Persinggahan seterusnya adalah di Long Island di mana dalam masa dua minggu, empat hingga 10 keluarga majikannya dimasukkan ke hospital.
.
Mary terus bertukar-tukar majikan yang menyaksikan tiga buah keluarga lagi telah dijangkitinya.
.
Sehinggalah pada tahun 1906 apabila satu wabak ganjil di New York menarik perhatian Dr. George Soper.
.
Tifoid lazimnya menyerang golongan miskin dan persekitaran kotor.
Peliknya, wabak tersebut terjadi di kalangan individu berharta.
Siri penyiasatan Dr. Soper akhirnya menuding kepada seorang tukang masak yang berusia 40-an dan belum berkahwin iaitu Mary.
Dia berjaya dijejaki di sebuah penthouse di Park Avenue di mana penyakit itu sedang aktif.
Dua pembantu rumah terlantar di wad selain turut mengorbankan anak perempuan pemilik kediaman itu.
.

Sambil bermati-matian menafikan pernah menghidap tifoid, Mary telah memaki Dr. Soper apabila diminta contoh najisnya.
.
Dia turut mengugut doktor berkenaan menggunakan pisau pemotong daging, memaksa pihak polis dan pegawai kesihatan New York campur tangan membawa kepada penangkapan Mary.
Kerana tidak memahami bagaimana orang sihat sepertinya boleh merebakkan penyakit, Mary cuba melawan balik dan meronta-ronta agar dilepaskan.
Semasa disoal siasat, Mary mengakui dia jarang membasuh tangannya ketika memasak kerana tidak nampak apa keperluannya.
.
Kultur air kencing dan najisnya yang diambil dengan bantuan matron penjara mengesahkan pundi hempedu Mary dipenuhi dengan S. thypi.
.
Mary enggan menjalani pembedahan bagi membuang pundi hempedunya itu mahupun berhenti kerja sebagai tukang masak dan tetap berdegil.
" Saya tidak membawa sebarang penyakit !" tegasnya.
.
Pihak berwajib terpaksa mengisytiharkan Mary sebagai musuh kesihatan awam nombor satu lalu mengasingkannya di dalam sebuah kotej di Bronx, tanpa dibicarakan.
Dia bersumpah menjadi mangsa konspirasi kerajaannya.
.
Bagaimanapun, dia dibenarkan bekerja sebagai tukang cuci di Hospital Riverside.
Pada tahun 1910, Mary dibebaskan dengan jaminan untuk kekal dengan tugasan barunya itu.
Kerana pendapatan yang tidak mencukupi, Mary yang menukar nama keluarganya kepada Brown akhirnya berpaling tadah dan untuk tempoh lima tahun berikutnya, dia terus menularkan penyakit dan menyebabkan kematian dari dapur-dapur tempat dia bekerja.
Semasa suasana kecoh berikutan tercetusnya wabak tifoid serius di kalangan kakitangan Hospital Wanita Sloan yang meragut dua nyawa dengan 25 orang disahkan menghidapinya, Mary menghilangkan diri dari dapur tempat kerjanya.
.

Tidak lama kemudian, dia berjaya diberkas di Long Island tetapi enggan bekerjasama dengan pegawai kesihatan untuk mengumpul sejarah perubatannya bagi tujuan penyelidikan.
.
Kedegilannya itu telah menyebabkan Mary dikuarantin seumur hidup di sebuah pulau. Popularitinya ketika itu mengalahkan celebrity.
.
Mary meninggal dunia pada tahun 1938 akibat radang paru-paru. Bedah siasat mendapati pundi hempedunya masih lagi aktif menghasilkan S. typhi sebelum disemadikan!
.
Mary Mallon aka Typhoid Mary dikenal pasti sebagai pembawa tifoid pertama yang sihat, tanpa menunjukkan apa-apa tanda penyakit itu.
.
Bagaimanapun, pakar-pakar percaya, Mallon mungkin pernah beberapa kali mendapat jangkitan yang tidak berbahaya tanpa disedarinya, tetapi setiap kali itu jugalah dia sembuh.
Bakteria itu kekal berada di dalam tubuh badannya dan kerjanya sebagai tukang masak memudahkan perpindahannya kepada orang lain yang memakan masakannya.
.
Jadi,
Jangan pandang remeh pada suntikan Tifoid untuk semua pengendali makanan ya.
Demam Kepialu ini bukan benda kecik,
Ia boleh membawa maut !
Tq kpd Aqilah Nor atas penjelasan tentang kepentingan suntikan typoid
Perkongsian yg sgt bermanfaat kpd semua..

Kredit to: Public Health Malaysia (FB)