Hari ini merupakan antara hari yang paling menggembirakan buat saya. Banyak perkara yang saya temui, banyak rakan yang saya jumpa, banyak peluang yang kita terokai dan kegembiraan lain.
Antaranya hari ini saya menemui ramai pegawai dari SMECORP yang kini boleh saya anggap sebagai rakan. Mereka ini membantu saya sejak dari 2012 lagi. Sungguh saya sayangi persahabatan yang terjalin dengan mereka dan saya mendoakan kesejahteraan dan kesihatan buat mereka.
Saya berjumpa dengan Pn Junita. Lama kami berbual ada hampir 30 minit. Beliau lah yang membantu saya sejak dari program SME@IIUM sehingga dapat ke Oxford. She looks great, slimmer and happier now. I thank her for what she did to me all this while. Program sme@university funded by hrdf dah membantu over 700 SME CEO.
We also met Tn Esma Esa yang kini berada di unit antarabangsa. Beliaulah yang rekomen kami untuk ke New Delhi in 2017. Jasanya di Sme Corp Negeri SARAWAK dan Kumpulan #iana cukup banyak. Saya juga terserempak dengan Pakcik Fahmi yang kini kembali ke HQ begitu juga dengan Faizal.
Saya turur berjumpa dengan ramai lagi rakan seperti Alif Cafe dan abangnya. Close deal dengan Kincir Emas dan akan bawa masuk 4 pallet produknya ke Miri.
Saya sempat berjumpa dengan Tn Awang Habib HMN Nadhir yang kini dilantik sebagai salah seorang lembaga pengarah SMECORP. Syabas. Ada wakil dan suara untuk usahawan Sarawak. Katanya bagaimana kita mahu melangkah ke industri IR4.0 sedangkan sesetengah fasiliti untuk komuniti usahawan masih di fasa 2.0
Ada juga Che Mat Muhammad Ibrahim tadi. #bossku. 😊😊😊. Hari yang sungguh bermakna. Tidak terasa 6 jam berbual, network dan berbincang.
Program ini wajar diadakan lagi pada tahun mendatang.