www.sitipayung.com.my

Tuesday, February 26, 2019

Lawatan di Lulu Hypermarket & Departmental Store

Kerja pertama pagi ini saya berada di Lulu Hypermarket & Departmental Store untuk berjumpa Tn Fakaruddin Hj Rosli bagi menguruskan pembukaan akaun dengan Lulu Hypermarket. Beliau adalah buyer bagi produk sejuk beku.
Nampak banyak produk sahabat disini. Seronoklah. Nampak banyak juga produk dari merata dunia terutamanya timur tengah disini. Gateway saja masuk Lulu disini. Ada permintaan mungkin boleh pula ke oversea melalui mereka.
Di Malaysia mereka ada di sebelah Jakel Mall. Cadangan mereka akan membuka lagi sehingga 5 cawangan di Malaysia. Mereka sangat besar dan ada di UAE, Oman, Qatar, Kuwait, Saudi Arabia, Bahrain, Yemen, Egypt, India dan Indonesia.
Insyallah #sitipayung akan berada disini secepat mungkin. Agak perlahan kayuhan saya ini tapi tak mengapalah. Perlahan tapi konsisten.

Image may contain: 1 person, smiling No photo description available. Image may contain: food and indoor

Monday, February 11, 2019

Lawatan Pelajar Praktikal Pertanian dari Politeknik Sandakan Diploma Perikanan & Marin serta pelajar Universiti Putra Malaysia Bintulu Diploma Perniagaan AgroTani.

Kita bagi semangat sedikit kepada mereka ini yang sedang praktikal bersama agensi kerajaan. Semoga pada suatu hari ini mereka ini akan dapat menyumbang kepada usahawan tani dalam kapasiti mereka apabila sudah berjaya.

Image may contain: 6 people, including Juliana AB, people smiling, people standing, people sitting and indoor

 Image may contain: one or more people, people sitting and indoor Image may contain: one or more people, people standing and indoor

OEM - Pilihan Business Masa Kini.


Baru baru ini kisah perniagaan menggunakan konsep OEM atau Original Equipment Manufacturer semakin giat dibincangkan dan digunakan ramai usahawan.

Saya sendiri berfikir kaedah ini adalah brilliant dan kehadapan. Kenapa tidak? Cara ini telah digunakan lama oleh peniaga peniaga. Kalau dulu saya tahu awal mahu saja gunakan teknik ini. 

Antara contoh produk yang selalu di-OEMkan adalah produk kecantikan, kopi 3 in 1, makanan kering dan juga minuman. Antara jenama yang saya tahu di-OEMkan adalah keropok ikan Ekang yang kami bawakan di #borneooutletstore, Air Coklat MunifHijjaz, Ubat Resdung in-house brand kami sendiri BOS, jeruk madu in house brand kami sendiri, air minuman beras housboom dan banyak lagi.

Antara kelebihan menggunakan teknik ini adalah:
1. Usahawan boleh fokus kepada pemasaran iaitu kerja utama dalam perniagaan membuat sales.
2. Tidak perlu risau Invest dengan pelbagai mesin baru, teknik menyukarkan dan keperluan mengeluarkan produk.
3. Pensijilan lengkap yang boleh kita gunapakai seperti Halal, Mesti dsb. Pensijilan bukanlah kerja mudah. Jika step ini dapat diselesaikan kenapa tidak.

Kini kami di #sitipayung juga menyediakan usahawan dengan #keklapis OEM. Ramai usahawan baik dari Miri sendiri dan Brunei meletakkan jenama mereka dan menganggap kek kami produk mereka. Saya ok saja.

Kek kami lengkap dengan pensijilan Halal dan mesti, kami menggunakan mesin yang semakin canggih menjadikan proses lebih berkualiti, cepat dan tahan. Kami boleh lengkapkan dengan sticker yang di design oleh barisan designer kami di #miricheapprinting.

Walau bagaimanapun sebagai kerahsiaan kita tidak akan mendedahkan siapa yang oem dengan kita. Diam diam sudah.