www.sitipayung.com.my

Monday, February 11, 2019

OEM - Pilihan Business Masa Kini.


Baru baru ini kisah perniagaan menggunakan konsep OEM atau Original Equipment Manufacturer semakin giat dibincangkan dan digunakan ramai usahawan.

Saya sendiri berfikir kaedah ini adalah brilliant dan kehadapan. Kenapa tidak? Cara ini telah digunakan lama oleh peniaga peniaga. Kalau dulu saya tahu awal mahu saja gunakan teknik ini. 

Antara contoh produk yang selalu di-OEMkan adalah produk kecantikan, kopi 3 in 1, makanan kering dan juga minuman. Antara jenama yang saya tahu di-OEMkan adalah keropok ikan Ekang yang kami bawakan di #borneooutletstore, Air Coklat MunifHijjaz, Ubat Resdung in-house brand kami sendiri BOS, jeruk madu in house brand kami sendiri, air minuman beras housboom dan banyak lagi.

Antara kelebihan menggunakan teknik ini adalah:
1. Usahawan boleh fokus kepada pemasaran iaitu kerja utama dalam perniagaan membuat sales.
2. Tidak perlu risau Invest dengan pelbagai mesin baru, teknik menyukarkan dan keperluan mengeluarkan produk.
3. Pensijilan lengkap yang boleh kita gunapakai seperti Halal, Mesti dsb. Pensijilan bukanlah kerja mudah. Jika step ini dapat diselesaikan kenapa tidak.

Kini kami di #sitipayung juga menyediakan usahawan dengan #keklapis OEM. Ramai usahawan baik dari Miri sendiri dan Brunei meletakkan jenama mereka dan menganggap kek kami produk mereka. Saya ok saja.

Kek kami lengkap dengan pensijilan Halal dan mesti, kami menggunakan mesin yang semakin canggih menjadikan proses lebih berkualiti, cepat dan tahan. Kami boleh lengkapkan dengan sticker yang di design oleh barisan designer kami di #miricheapprinting.

Walau bagaimanapun sebagai kerahsiaan kita tidak akan mendedahkan siapa yang oem dengan kita. Diam diam sudah.