www.sitipayung.com.my

Tuesday, December 31, 2019

Wajah Baru Kedai Siti Payung

Cantek nya lah kan.
Kedai #sitipayung berwajah baharu.
Ada gambar menu kek lapis, info berkaitan sejarah Kek Lapis Sarawak Siti Payung, cara pemprosesan kek serta gambar-gambar kenangan sepanjang perjalanan perniagaan #sitipayung.
Lepas ni dongak kepala dekat dinding dah boleh tengok menu kek lapis #sitipayung.

No photo description available. No photo description available. Image may contain: 4 people, people smiling
Image may contain: 5 people, people smiling No photo description available.

Friday, December 20, 2019

Bacaan Yasiin setiap hari Jumaat

Sejak hampir dua bulan lalu kami telah memulakan hari Jumaat kami dengan lebih membudayakan amalan Islamik.
Image may contain: 3 people, people sitting, people eating, living room, food and indoor
Dalam sejam awal sebelum masuk ke kilang, di #sitipayung mahupun #borneooutletstore dan #miricheapprinting mereka akan duduk berkumpul sama untuk membacakan yassin.

Amalan baik ini telah dicadangkan oleh beberapa dari #allstar kami dan kami belikan mereka buku yassin yang ada jawi dan ruminya supaya semua dapat membaca dan jadikan amalan.
Kita cuba mencari lebih banyak keberkatan dan berharap lindungan Allah serta inayahnya dalam kehidupan.
Mereka juga mengadakan jamuan ringkas yang mana mereka sesama mereka bersedekah sesama mereka.

Siti Payung diaudit oleh Pegawai daripada Jabatan Halal

Menjajo jadinya kami di kilang pagi tadi.
Itulah bahasa yang boleh diibaratkan apabila pagi tadi kami telah didatangi secara mengejut oleh Majlis Agama Islam Sarawak yang membuat lawatan audit mengejut.
Namun kami pasrah dan sentiasa bersedia dengan keadaan sebegini. Kami di Kumpulan #iana terutamanya di #sitipayung sering dilawati oleh Kementerian Kesihatan, JKKP, JAKIM namun juga beberapa agensi lain.
Image may contain: one or more people and indoor

Kebersihan kami di tahap terbaik seperti dimaklumkan oleh pegawai audit yang salah seorangnya Pn Roniliza. Integriti mereka sangat tinggi walaupun bersahabat di sini dan senior semasa di sekolah.
Aspek pematuhan seperti kebersihan dan teknikal lulus dengan jayanya. Bahan-bahan juga seperti yang dilaporkan dalam e-manual. Insyallah tiada masalah.

Image may contain: one or more people and people standing

Kami juga sempat membawa mereka melawat ke Galeri & Muzium Kek Lapis Sarawak Siti Payung.
Menjajo itu sama maksudnya dengan "Kelam Kabut".

Image may contain: 2 people, people standing and indoor