www.sitipayung.com.my

Friday, December 20, 2019

Siti Payung diaudit oleh Pegawai daripada Jabatan Halal

Menjajo jadinya kami di kilang pagi tadi.
Itulah bahasa yang boleh diibaratkan apabila pagi tadi kami telah didatangi secara mengejut oleh Majlis Agama Islam Sarawak yang membuat lawatan audit mengejut.
Namun kami pasrah dan sentiasa bersedia dengan keadaan sebegini. Kami di Kumpulan #iana terutamanya di #sitipayung sering dilawati oleh Kementerian Kesihatan, JKKP, JAKIM namun juga beberapa agensi lain.
Image may contain: one or more people and indoor

Kebersihan kami di tahap terbaik seperti dimaklumkan oleh pegawai audit yang salah seorangnya Pn Roniliza. Integriti mereka sangat tinggi walaupun bersahabat di sini dan senior semasa di sekolah.
Aspek pematuhan seperti kebersihan dan teknikal lulus dengan jayanya. Bahan-bahan juga seperti yang dilaporkan dalam e-manual. Insyallah tiada masalah.

Image may contain: one or more people and people standing

Kami juga sempat membawa mereka melawat ke Galeri & Muzium Kek Lapis Sarawak Siti Payung.
Menjajo itu sama maksudnya dengan "Kelam Kabut".

Image may contain: 2 people, people standing and indoor