www.sitipayung.com.my

Friday, March 11, 2016

Partnering with Parkson Berhad.

Partnering with Parkson Berhad. 

Kami amat berbesar hati untuk memberikan lebih ganjaran dan peluang kepada pemegang kad keahlian Parkson.
Dapatkan ganjaran sebanyak 10% dengan pembelian kek lapis Sarawak ‪#‎sitipayung‬ di kedai kami di Miri. Tunjukkan kad keahlian semasa membuat pembayaran. Terma dan syarat terpakai.
Pastinya ini peluang yang amat baik untuk warga Miri dan Brunei kerana Siti Payung & Parkson turut ada di Miri.


                                

Terima kasih atas pujian yang diberi-Siti Payung

"Berbaloi beli kat sini. Nasib baik kedai tak tutup lagi."

"Rasa kek dia padat sangat! Saya makan lagi ya."

"Not bad juak ‪#‎sitipayung‬ tok oh"

Alhamdulillah ! Terima kasih pada yang membeli !


                              
Besar Hati & Seronok Rasa.

Apalah lagi yang hendak dikata betapa gembiranya hati apabila dikunjungi Pengurus Cawangan Agro Bank Miri yang menawarkan pinjaman pembelian bangunan baru kami.
Lengkap dokumen,cukup syaratnya, ccris pun sihat pastilah mudah. Jika kita belum cukup semua ini, mulalah sekarang melengkapkan segala keperluan seperti mana saya mengambil masa bertahun mencantik dan mencukupkan keperluan terutamanya kewangan dan penyata beraudit.
Semoga business bertambah maju dan niat kami untuk menolong lebih ramai orang tempatan dengan peluang kerja tercapai.
Semoga juga hasrat membawa industri kek lapis Sarawak terutamanya jenama‪#‎sitipayung‬ ke pasaran luas tercapai.

    




Jika anda berdiri di hujung bangunan atau pool Pullman Hotel itu dan menghadap bandaraya Miri, anda boleh hanya membaling batu atau berteriak memanggil kami di ‪#‎sitipayung‬.


Ya kami sangat dekat dengan hotel atau ikon baru Miri ini.

Tuesday, January 26, 2016

Makmur Bersama.
‪#sitipayung‬ bukan hanya menjual Kek Lapis Sarawak yang orang heboh-hebohkan sedap dan pernah masuk Potret Niaga TV3 itu. Kami juga membantu perusahaan kecil di Miri dengan mengambil mereka sebagai vendor bagi jualan retail kami.
Halizaku Liza telah menjadi vendor kami selama lebih 5 tahun dan membuat tambahan sebanyak RM600-800 sebulan. Produknya laku keras dan berkotak-kotak apabila raya menjelma.
Hjh Norma Yahya juga tak kurang hebatnya walau hanya menjual Kuih Ream dan Bubur Pedas. Dapatlah tambahan RM200-RM400 sebulan. Untung seposen dua jadilah bagi kami.
Rusaimah Sani dengan produk jenama MyD juga semakin hebat dengan jualan antara RM600-RM700 sebulan. Snek Ikan Gunting Asam Boi yang dihasilkan merupakan produk yang laku di kedai kami. Eh banyaklah..bukan itu saja.
Morshidi Moris yang mengeluarkan Paste Laksa Sarawak atas nama Leni's juga semakin hebat dengan purata 300-400 paket sebulan.
Ismail Mustaffa pun tak kurang hebatnya. Produk asas matahari iaitu Serunding Ayam dan Serunding Daging yang baru kami kenalkan juga diharap mendapat sambutan.
Juliana Abu Bakar dengan biskut sihat atas jenama Syuqalah-Kami Sukalah juga tak kurang hebatnya. Berkotak-kotak juga menjelang raya.
Mahera Surono wanita gigih juga seronok menuai hasil di antara RM600-1200 setiap bulan dengan menghantar Kek Prune dan Ikan Terubok Masin.
Sesungguhnya kita semua perlu berusaha menambah pendapatan. Hidup bukan senang. Payah. Complain di facebook sahaja tidak membawa duit masuk. Tiada kerja goyang kaki yang boleh bawa duit masuk kecuali goyang kaki di mesin jahit.
Saya mengalu-alukan vendor yang mahu meletakkan barang di Siti Payung. Ada beberapa terma-terma yang perlu diikuti. Biskut kami tak terima.








Siti Payung di Singapura.

Kita Cuba, Kita Try!!

Percubaan Produk di Agro Bazaar Malaysia Singapura 2016.
Alhamdulillah kami telah ditawarkan oleh LKIM Sarawak untuk menghantar dan menjual produk ke pasaran Singapura melalui Agro Bazaar Malaysia Singapura yang dimiliki oleh FAMA.
Agro Bazaar Malaysia Singapura terletak di:-
Lot 37 – 43, Sultan Gate, Singapore 198485. Team pemasaran ‪#‎sitipayung‬ akan berada di Singapura untuk bertemu pelanggan dan blogger mulai 11-14/2/16 nanti.
Ada nak rekomen mana-mana penulis blogger di Singapura yang anda kenal?
Semoga usaha ini berjaya dan jenama Miri akan terbang lebih jauh dan menjadi kebanggaan Sarawak.
Sebenarnya ada lebih banyak kek lapis yang hebat-hebat di Sarawak namun
# Siti Payung sudah ada Pensijilan MESTI & Pensijilan HALAL
--> Knowledge Skills
# Rezeki Allah berikan kepada kami, jangan nafikan--> Kenal Pencipta
# Mungkin orang tak kenal Siti Payung tapi orang kenal pemiliknya-->Networking & Social Skills






Wednesday, January 13, 2016

Pacak Jenama-Tromso,Norway

Pacak Jenama!!
Seronok apabila sahabat saya menghantar gambar yang diambil jauh dari Tromso, Norway. Apa ada sana? Disinilah terkenal dengan formasi cahaya di langit atau lebih dikenali sebagai Aurora.

Beginilah juga dengan perniagaan. Biar hasrat tinggi melangit jadi usaha kita juga tinggi menggunung.

Selamat menikmati Kek Lapis Sarawak ‪#‎sitipayung‬ sambil menikmati keindahan Aurora.

Kredit to Hanisah Idham. You are the best.