www.sitipayung.com.my

Tuesday, June 13, 2017

Kek Lapis Siti Payung Di Brunei.

Raya semakin dekat, kek raya dah ada? Kek lapis dah beli?
Apa susah-susah dan pening kepala. #sitipayung kan ada!!
Kami ada di hampir kebanyakan shopping mall yang warga Brunei suka shopping. Ada yang menjual menggunakan jenama kami dan ada juga yang menggunakan brand lain bak kata #makcun OEM.

Cuba tengok-tengok dan belek-belek di sini.
1. Supa Save Seria.
2. KB Mall
3. Airport Mall
4. ICC 21-23 June
5. Giant Rimba

Audit Halal Datang Tak Kira Masa-Siti Payung


Hari ini kami dilawat secara mengejut oleh pasukan Audit Halal untuk melihat sama ada kami mematuhi kehendak-kehendak halal dan juga aspek kebersihan serta keselamatan makanan. 3 orang melawat. Garang dan serius orangnya. Menjalankan tugas dan amanah yang diberikan.
Mereka kalau melawat memang gila. Saya pun saspen kerana tiada di Mir.. Mengejut. Tak ada khabar berita. Mereka check semua bahannya. Kek letak dimana. Pekerja baru surat kesihatannya. Jika bahan tak sama, diwarningnya atau ditarik balik sijilnya. Bagus sebenarnya peranan mereka ini kerana Halal Malaysia ada standard. #sitipayung pun ada standard. Bukan Kek Lapis Cokia.
Kami bukan saja dilawat secara mengejut oleh Audit Halal malah pihak Kementerian Kesihatan juga selalu buat suprise kerana kami telah diberikan pengiktirafan MESTI. Bukan nak eksen, markah kami selalu lebih 80%.




Saturday, June 10, 2017

Ramadhan Bersama

Seronoklah Kita Bersama Meraikan Ramadhan.
Memang amalan kami di #iana untuk membawa semua staff dan ahli keluarga seramai lebih 50 oranh untuk berbuka bersama di Eastwood Valley Golf Resort.
Dengan pelbagai gerai makanan terhidang seronoklah mereka semua melepaskan penat lelah berpuasa dan bekerja membuat kek lapis #sitipayung. Kita anggap ini sebagai retreat untuk semua.
Seronok melihat muka-muka gembira.








Monday, June 5, 2017



Ada sesiapa nak selit oder lagi?Standby untuk Hari Raya nanti 😍.
Yang ni kami dah siap-siap packing pos untuk dihantar ke Tuan Empunya. Harap selamat sampai ke tangan masing-masing ye.
Cepat-cepat hubungi 0168702385 untuk sebarang pertanyaan/penghataran ea.
Penghataran akan DITUTUP seminggu sebelum Hari Raya tau.
Cepat-cepat jangan lambat-lambat 😃

Akak Borong Kek Siti Payung






Okay yang ni cerita semalam.Kami bukan saja-saja susun ya.
NAMPAK TU?? 
Satu meja kami dipenuhi kek roll yang akak kita ni tempah.140pcs Roll perghh banyak tuu 😍. Jom pakat meriahkan hari anda nanti dengan kek lapis kami kek #sitipayung 😍😘

Friday, May 26, 2017

Salam Ramadhan Al-Mubarak

"Sang Alam bertasbih Syahdu menyambut bulan penuh berkat,Senandungkan makna Ramadhan dalam setiap ucapan dan perilaku,
Saatnya kita membersihkan diri dari segala keinginan duniawi."

Marhaban Ya Ramadhan. 
Salam Ramadhan dan Selamat menunaikan ibadah puasa ikhlas dari kami team #sitipayung dan #iana.



Tuesday, May 16, 2017

Selamat Hari Guru

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua pendidik di Malaysia.

Kalian insan mulia, mendidik bangsa, membangun jiwa, berkorban rasa,

Salam sayang dari anak murid yang akan kekal mencari ilmu. Salam sayang dari #iana sekeluarga.