www.sitipayung.com.my

Friday, June 23, 2017

Siti Payung di Giant Brunei

Siti Payung di Brunei.
Dapatkan kek lapis terbaik untuk hidangan lebaran di Giant Tasik Rimba sekarang.
Extended business hours until raye eve.
Seronoklah apabila banner kami diletakkan bersebelahan begini di pintu masuk utama.
Kami juga ada di Airport Mall..minta hantar lagi tadi.



Thursday, June 22, 2017

Harapan Raya


Saya fikir mereka nak shopping di Miri terutamanya nak beli Kek Lapis #sitipayung di Miri Waterfront, Borneo Outlet Store & Bintang Plaza.
Keadaan sudah mula jem di CIQ Sg Tujuh Miri.
Ini saya mudahkan tn/pn untuk menuju ke Siti Payung.
Siti Payung
Siti Payung. Lot 1314, Waterfront Commercial Centre,, 98000 Miri, Sarawak
016-870 2385

Monday, June 19, 2017

Pelanggan Avatar Siti Payung

Pelanggan Avatar #sitipayung.
Kami di Siti Payung sangat bertuah kerana mempunyai pelanggan yang setia bersama kami.
Pelanggan ini orang Singapore tapi menetap di Brunei. Memborong kek lapis untuk dibawa balik sebagai buah tangan. Setiap tahun hampir 5 tahun ini bersama kami.
Katanya, "Anak awak yang dulu kecil tu mesti dah besar kan! ". Seronok kami tengok Siti Payung. Terima kasih.


Meriahnya Raya di Bintang Plaza,Miri

Kami diminta untuk berpindah ke New Wing Bintang Plaza Miri. Disini dekonya rasa raya lebih. Bila dihias kemas oleh si gadis comel yang membuat sales, amazing juga.
Kami sudah 3 tahun disini. Jenama #sitipayung sudah dekat di hati pengunjung disini. Kami juga menyediakan pembayaran melalui kad kredit. Senang orag nak membeli belah. Swipe aja.
Ada beberapa hari lagi kami disini. Datanglah.





Sunday, June 18, 2017

Pengalaman Di Jalanan - Tangkapan Imigresen



Hari ini merupakan sejarah buat kami di #sitipayung. Jika diingat lagi nanti apabila sudah berjaya, insyallah pasti mengundang senyum dan tawa kami semua terutamanya yang terlibat.
Siang tadi terkejut saya menerima panggilan dari staff bertugas di Jalan TAR, katanya Kak Z ditahan imigresen dan kemungkinan akan masuk lokap serta syarikat disaman.

Puncanya kerana bekerja di Bazar TAR di bumi Malaya. Kak Z mempunyai permit sah. Beliau pekerja yang sengaja kita hantar untuk membantu membuat jualan kerana kebolehannya. Passport juga sah. Namun rupanya permit itu tak laku di sana. Hanya sah di Sarawak.
"Mahu Copot Jantung Saya", katanya. Saya juga risau. Rasa kasih kepada anak buah membuatkan berbuka tadi saya tak lalu makan. Banyak kemungkinan yang difikirkan. Saya juga berkira-kira mahu ke KL semula pagi esok.

Syukurlah. Sahabat saya membantu proses negosiasi. Jam 8 lebih tadi berbincang hati ke hati bersama pegawai. Pegawai itu hanya bercakap melalui telefon dengan saya. Cara otu tak laku.
Solusinya mereka memberi kelonggaran. Alhamdulillah. Lega habis. Dilepaskan staff saya namun dia harus pulang segera ke Sarawak. Selamat saya mengambil tiket untuk kak Z terbang esok.
Ia satu pengalaman yang baik. Untuk saya, Kak Z dan Siti Payung.

Thursday, June 15, 2017

Mood Republik a.k.a KL Fest @PWTC


Kemeriahan raya semakin kian terasa, shopping tanpa henti selama 72 jam. Ratusan booth menjual pelbagai barangan dari baju, kuih muih, Kek Lapis Siti Payung dan pelbagai lagi.
Esok Jumaat 10pagi sehingga Isnin 10 pagi. Non stop tanpa henti. Mari-mari.

Siti Payung di KL Fest 2017

KL Fest 2017 atau dikenali juga dengan #moodrepublik akan bermula esok 16/6 jam 10.00am- 19/6 jam 10.00am.
72 jam berniaga tanpa henti. Wow..memang wow.
Mari...mari..mari ke booth 3234 untuk mendapatkan Kek Lapis Sarawak#sitipayung. Istimewa kita terbangkan dari Miri, Sarawak.

https://web.facebook.com/sitipayungkeklapissarawak/videos/10155230721556832/