www.sitipayung.com.my

Sunday, June 18, 2017

Pengalaman Di Jalanan - Tangkapan Imigresen



Hari ini merupakan sejarah buat kami di #sitipayung. Jika diingat lagi nanti apabila sudah berjaya, insyallah pasti mengundang senyum dan tawa kami semua terutamanya yang terlibat.
Siang tadi terkejut saya menerima panggilan dari staff bertugas di Jalan TAR, katanya Kak Z ditahan imigresen dan kemungkinan akan masuk lokap serta syarikat disaman.

Puncanya kerana bekerja di Bazar TAR di bumi Malaya. Kak Z mempunyai permit sah. Beliau pekerja yang sengaja kita hantar untuk membantu membuat jualan kerana kebolehannya. Passport juga sah. Namun rupanya permit itu tak laku di sana. Hanya sah di Sarawak.
"Mahu Copot Jantung Saya", katanya. Saya juga risau. Rasa kasih kepada anak buah membuatkan berbuka tadi saya tak lalu makan. Banyak kemungkinan yang difikirkan. Saya juga berkira-kira mahu ke KL semula pagi esok.

Syukurlah. Sahabat saya membantu proses negosiasi. Jam 8 lebih tadi berbincang hati ke hati bersama pegawai. Pegawai itu hanya bercakap melalui telefon dengan saya. Cara otu tak laku.
Solusinya mereka memberi kelonggaran. Alhamdulillah. Lega habis. Dilepaskan staff saya namun dia harus pulang segera ke Sarawak. Selamat saya mengambil tiket untuk kak Z terbang esok.
Ia satu pengalaman yang baik. Untuk saya, Kak Z dan Siti Payung.

No comments:

Post a Comment