www.sitipayung.com.my

Thursday, June 29, 2017




KEDAI DAH BUKA. SITI PAYUNG DAH BUKA.
Mari dapatkan kek lapis untuk juadah raya, rumah terbuka, buah tangan balik ke pejabat dan hadiah untuk rakan di kedai bermula hari Selasa 28/6.
Minggu ini kami beroperasi dari jam 8.30am sehingga 4.00pm.
Kami nak beraya juga tapi kami nak pastikan pelanggan kami mendapat kek yang terbaik untuk dihidangkan.
Harga promosi raya. Datang saja ke kedai to unlock the best price.

Sunday, June 25, 2017

Salam Aidilfitri 2017-Siti Payung



Salam Aidilfitri dari kami Team #sitipayung. Semoga Lebaran tahun ini memberi seribu cahaya manfaat dan kebahagiaan buat kita semua.🌙
Andai kata ada tersilap terkasar terkurang dari kami,harap dimaafkan.🙏
Jangan lupa Ceriakan Aidilfitri anda bersama kek #sitipayung

 😉




Friday, June 23, 2017

Siti Payung di Giant Brunei

Siti Payung di Brunei.
Dapatkan kek lapis terbaik untuk hidangan lebaran di Giant Tasik Rimba sekarang.
Extended business hours until raye eve.
Seronoklah apabila banner kami diletakkan bersebelahan begini di pintu masuk utama.
Kami juga ada di Airport Mall..minta hantar lagi tadi.



Thursday, June 22, 2017

Harapan Raya


Saya fikir mereka nak shopping di Miri terutamanya nak beli Kek Lapis #sitipayung di Miri Waterfront, Borneo Outlet Store & Bintang Plaza.
Keadaan sudah mula jem di CIQ Sg Tujuh Miri.
Ini saya mudahkan tn/pn untuk menuju ke Siti Payung.
Siti Payung
Siti Payung. Lot 1314, Waterfront Commercial Centre,, 98000 Miri, Sarawak
016-870 2385

Monday, June 19, 2017

Pelanggan Avatar Siti Payung

Pelanggan Avatar #sitipayung.
Kami di Siti Payung sangat bertuah kerana mempunyai pelanggan yang setia bersama kami.
Pelanggan ini orang Singapore tapi menetap di Brunei. Memborong kek lapis untuk dibawa balik sebagai buah tangan. Setiap tahun hampir 5 tahun ini bersama kami.
Katanya, "Anak awak yang dulu kecil tu mesti dah besar kan! ". Seronok kami tengok Siti Payung. Terima kasih.


Meriahnya Raya di Bintang Plaza,Miri

Kami diminta untuk berpindah ke New Wing Bintang Plaza Miri. Disini dekonya rasa raya lebih. Bila dihias kemas oleh si gadis comel yang membuat sales, amazing juga.
Kami sudah 3 tahun disini. Jenama #sitipayung sudah dekat di hati pengunjung disini. Kami juga menyediakan pembayaran melalui kad kredit. Senang orag nak membeli belah. Swipe aja.
Ada beberapa hari lagi kami disini. Datanglah.





Sunday, June 18, 2017

Pengalaman Di Jalanan - Tangkapan Imigresen



Hari ini merupakan sejarah buat kami di #sitipayung. Jika diingat lagi nanti apabila sudah berjaya, insyallah pasti mengundang senyum dan tawa kami semua terutamanya yang terlibat.
Siang tadi terkejut saya menerima panggilan dari staff bertugas di Jalan TAR, katanya Kak Z ditahan imigresen dan kemungkinan akan masuk lokap serta syarikat disaman.

Puncanya kerana bekerja di Bazar TAR di bumi Malaya. Kak Z mempunyai permit sah. Beliau pekerja yang sengaja kita hantar untuk membantu membuat jualan kerana kebolehannya. Passport juga sah. Namun rupanya permit itu tak laku di sana. Hanya sah di Sarawak.
"Mahu Copot Jantung Saya", katanya. Saya juga risau. Rasa kasih kepada anak buah membuatkan berbuka tadi saya tak lalu makan. Banyak kemungkinan yang difikirkan. Saya juga berkira-kira mahu ke KL semula pagi esok.

Syukurlah. Sahabat saya membantu proses negosiasi. Jam 8 lebih tadi berbincang hati ke hati bersama pegawai. Pegawai itu hanya bercakap melalui telefon dengan saya. Cara otu tak laku.
Solusinya mereka memberi kelonggaran. Alhamdulillah. Lega habis. Dilepaskan staff saya namun dia harus pulang segera ke Sarawak. Selamat saya mengambil tiket untuk kak Z terbang esok.
Ia satu pengalaman yang baik. Untuk saya, Kak Z dan Siti Payung.