www.sitipayung.com.my

Tuesday, December 31, 2019

Wajah Baru Kedai Siti Payung

Cantek nya lah kan.
Kedai #sitipayung berwajah baharu.
Ada gambar menu kek lapis, info berkaitan sejarah Kek Lapis Sarawak Siti Payung, cara pemprosesan kek serta gambar-gambar kenangan sepanjang perjalanan perniagaan #sitipayung.
Lepas ni dongak kepala dekat dinding dah boleh tengok menu kek lapis #sitipayung.

No photo description available. No photo description available. Image may contain: 4 people, people smiling
Image may contain: 5 people, people smiling No photo description available.

Friday, December 20, 2019

Bacaan Yasiin setiap hari Jumaat

Sejak hampir dua bulan lalu kami telah memulakan hari Jumaat kami dengan lebih membudayakan amalan Islamik.
Image may contain: 3 people, people sitting, people eating, living room, food and indoor
Dalam sejam awal sebelum masuk ke kilang, di #sitipayung mahupun #borneooutletstore dan #miricheapprinting mereka akan duduk berkumpul sama untuk membacakan yassin.

Amalan baik ini telah dicadangkan oleh beberapa dari #allstar kami dan kami belikan mereka buku yassin yang ada jawi dan ruminya supaya semua dapat membaca dan jadikan amalan.
Kita cuba mencari lebih banyak keberkatan dan berharap lindungan Allah serta inayahnya dalam kehidupan.
Mereka juga mengadakan jamuan ringkas yang mana mereka sesama mereka bersedekah sesama mereka.

Siti Payung diaudit oleh Pegawai daripada Jabatan Halal

Menjajo jadinya kami di kilang pagi tadi.
Itulah bahasa yang boleh diibaratkan apabila pagi tadi kami telah didatangi secara mengejut oleh Majlis Agama Islam Sarawak yang membuat lawatan audit mengejut.
Namun kami pasrah dan sentiasa bersedia dengan keadaan sebegini. Kami di Kumpulan #iana terutamanya di #sitipayung sering dilawati oleh Kementerian Kesihatan, JKKP, JAKIM namun juga beberapa agensi lain.
Image may contain: one or more people and indoor

Kebersihan kami di tahap terbaik seperti dimaklumkan oleh pegawai audit yang salah seorangnya Pn Roniliza. Integriti mereka sangat tinggi walaupun bersahabat di sini dan senior semasa di sekolah.
Aspek pematuhan seperti kebersihan dan teknikal lulus dengan jayanya. Bahan-bahan juga seperti yang dilaporkan dalam e-manual. Insyallah tiada masalah.

Image may contain: one or more people and people standing

Kami juga sempat membawa mereka melawat ke Galeri & Muzium Kek Lapis Sarawak Siti Payung.
Menjajo itu sama maksudnya dengan "Kelam Kabut".

Image may contain: 2 people, people standing and indoor 

Sunday, October 27, 2019

Kek Lapis Sarawak Siti Payung Miri licin habis!

Lengissss kek dek oii.
Inilah penangan pelanggan kita hari ini yang kebanyakannya datang dari Sabah dan Semenanjung.

Image may contain: indoor

Alhamdulillah Alhamdulillah.
Esok kita topup kek #sitipayung lagi.
Harini Ahad buka sampai 5.30 petang sahaja.
Lengis tu maksudnya licin eh. 

 Image may contain: indoor Image may contain: indoorNo photo description available.
 No photo description available.

Friday, October 18, 2019

Kek Lapis Percuma di #sitipayung

No photo description available.
Image may contain: text

DAPATKAN KEK LAPIS SECARA PERCUMA hanya dengan menjadi TOP FANS FB PAGE Kek Lapis Sarawak Siti Payung !
CARA UNTUK DAPATKAN LENCANA TOP FANS:
SENANG.
1. Kena rajin klik butang LIKE di setiap ruangan posting PAGE INI.
2. Sila-sila lah komen di ruangan posting.
3. Atau share mana-mana posting PAGE INI di ruangan facebook anda.
Last, kena tunggu notifications daripada pihak Mark Zuckerberg seperti gambar diatas ya!
Dah dapat lencana tu nanti, jangan lupa claim kek lapis anda . 

Sunday, October 6, 2019

#sitipayung in ANUGA, Cologne, Germany.


I would like to say my highest appreciation to Sarawak Enterpreneur Association (SEA) under the leadership of Mr Nizam Khalyd. Our product has been chosen to be brought and display here.
What is more sweet when our honourable Deputy Chief Minister, Datuk Amar Hj Awang Tengah Ali Hassan and Assistant Minister of Ministry of Trade Sarawak been so kind to promote our presence there. There are few Sarawak company joined this event.
Anuga is the world's leading food fair for the retail trade and the food service and catering market, which takes place every two years in Cologne.
It is purely a trade fair and combines 10 trade fairs with a high quality of visitors: Anuga Fine Food, Anuga Frozen Food, Anuga Meat, Anuga Chilled & Fresh Food, Anuga Dairy, Anuga Bread, Bakery, Hot Beverages, Anuga Drinks, Anuga Organic, Anuga Food Service and Anuga RetailTec.
On the whole the organisers welcomed on the 5 days of the fair, from 07. October to 11. October 2017, about 7405 exhibitors from 107 countries and 165000 visitors from 198 countries on the Anuga in Cologne

 Image may contain: 5 people, people smiling, people standing and suit
Image may contain: 7 people, people smiling, people sitting Image may contain: 2 people, people smiling

Thursday, October 3, 2019

Pemenang Anugerah Inovasi Sarawak 2019.


Saya mendapat berita gembira hari ini. IANA akan mewakili Sarawak untuk dipertandingkan pula di peringkat kebangsaan. Mohon doa semua ðŸ˜˜ðŸ˜˜ðŸ˜˜ðŸ˜˜
Berkongsi berita gembira buat semua penyokong #sitipayung baik secara langsung atau pun tidak.
Yang langsung seperti:
1.Membawa pelanggan, kawan, saudara mara ke kedai kami, Galeri & Muzium Kek Lapis Sarawak Siti Payung untuk membeli Kek dan promosi.
2. Membuat endorsement kepada rakan agensi. Membawa kami ke trade mission. Memberikan geran dsb.
3. Memberi funding, pinjam an baik funder dan bank-bank.
Yang tidak langsung seperti:
1. Mendoakan kami dari jauh dan dekat.
2. Share kan segala post kami.
3. Promosi mulut ke mulut.
Terima kasih Jabatan Pertanian Sarawak atas pencalonan ini.