Kami amat berbesar hati menerima kunjungan 12 usahawan dari Persatuan PPKLS semalam. Kunjungan mereka adalah salah satu program yang dirancang oleh persatuan dalam. Rangka kerja promosi persatuan ke Miri, Belait, Bandar Seri Begawan & Lawas.
Di dalam sesi perkongsian semalam, Kami juga berbincang untuk memperkasa beberapa perkara demi kemajuan industri kek lapis Sarawak. Niat kami agar industri ini akan menguntungkan keseluruhan industri dan juga dapat membantu usahawan baru dalam industri ini.
Kami bersetuju dan akan menggerakkan langkah bagi penetapan harga minimum kek lapis. Saya teringat lagi dalam kunjungan beberapa perbualan dia taranya dengan mantan Pengarah Sme Corp Negeri Sarawak Tn Esma Esa, katanya semasa beliau berkunjung ke Kuching 12 tahun dulu harga kek cuma RM10, kini harganya masih lagi RM10 padahal kita tahu semua harga semakin naik. Memang dari satu segi ia menguntungkan pembeli tetapi yang teruknya adalah peniaga tambahan lagi pemain baru dalam industri.
Keduanya kami juga akan menguatkuasakan penggunaan terma Kek Lapis Sarawak hanya untuk pengusaha yang menjalankan perniagaan di Sarawak saja dan untuk ahli. Terma Kek Lapis Sarawak telah di Geographical Identity (GI) Di bawah MyIpo untuk menjaga industri ini.
Ketiganya lebih banyak lawatan sambil belajar seperti ini akan dibuat untuk ahli ahli berkongsi maklumat, cara kerja, praktis kerja untuk kemajuan bersama. Prosper together. Saya sendiri juga berkongsi praktis kami di Kumpulan #iana seperti SOP & Employee Handbook Dengan rakan niaga.
Terima kasih di atas lawatan ini. Semoga kita semua maju bersama.