www.sitipayung.com.my

Friday, May 10, 2019

Goodbye Intern

Hari terakhir pelajar praktikal kami Cik Bibiana & Cik Diana dari Institut Pertanian Sarawak berkhidmat di syarikat Kumpulan Iana.

Dua (2) bulan mereka bertugas dengan kami dan saya sebagai pemilik walaupun tidak mengendalikan mereka secara penuh saya akan pastikan mereka dilengkapi dengan pelbagai pengalaman.

Dua bulan bersama kami mereka ditempatkan selama sebulan di bahagian produksi membuat kek, menggulung kek dan belajar mengenai cara-cara serta kos membuat kek. Sebulan kemudian mereka berada di bahagian jualan. Belajar cara melayan pelanggan, Menghadapi pelanggan, mengendalikan mesin POS dan urusan pembayaran menggunakan kad kredit serta pos.

Mereka juga sempat dihantar ke Marudi bagi menjaga tapak expo. Menguruskan penghantaran, setting tempat, mencari homestay dan merasa susah berexpo.

Saya mendoakan mereka berjaya dalam bidang yang akan diceburi. Diana bercadang melanjutkan pelajaran ke UPM Bintulu manakala Bibi mahu memulakan perniagaan bakeri di kampungnya.

Pelajar praktikal yang menyertai kami juga tertakluk kepada peraturan syarikat dan ketetapan. Dua pelajar ini di rekomen oleh Pn Dayang Rohayah pengetua Institut Pertanian Sarawak. Ada yang perlu di temuduga. Di inject Tifoid jika bekerja di bahagian makanan. Diberikan seorang superior. Diberikan elaun.




1 comment:

  1. numpang share ya min ^^
    buat kamu yang lagi bosan dan ingin mengisi waktu luang dengan menambah penghasilan yuk gabung di di situs kami www.fanspoker.com
    kesempatan menang lebih besar yakin ngak nyesel deh ^^,di tunggu ya.
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete