www.sitipayung.com.my

Tuesday, December 31, 2019

Wajah Baru Kedai Siti Payung

Cantek nya lah kan.
Kedai #sitipayung berwajah baharu.
Ada gambar menu kek lapis, info berkaitan sejarah Kek Lapis Sarawak Siti Payung, cara pemprosesan kek serta gambar-gambar kenangan sepanjang perjalanan perniagaan #sitipayung.
Lepas ni dongak kepala dekat dinding dah boleh tengok menu kek lapis #sitipayung.

No photo description available. No photo description available. Image may contain: 4 people, people smiling
Image may contain: 5 people, people smiling No photo description available.

Friday, December 20, 2019

Bacaan Yasiin setiap hari Jumaat

Sejak hampir dua bulan lalu kami telah memulakan hari Jumaat kami dengan lebih membudayakan amalan Islamik.
Image may contain: 3 people, people sitting, people eating, living room, food and indoor
Dalam sejam awal sebelum masuk ke kilang, di #sitipayung mahupun #borneooutletstore dan #miricheapprinting mereka akan duduk berkumpul sama untuk membacakan yassin.

Amalan baik ini telah dicadangkan oleh beberapa dari #allstar kami dan kami belikan mereka buku yassin yang ada jawi dan ruminya supaya semua dapat membaca dan jadikan amalan.
Kita cuba mencari lebih banyak keberkatan dan berharap lindungan Allah serta inayahnya dalam kehidupan.
Mereka juga mengadakan jamuan ringkas yang mana mereka sesama mereka bersedekah sesama mereka.

Siti Payung diaudit oleh Pegawai daripada Jabatan Halal

Menjajo jadinya kami di kilang pagi tadi.
Itulah bahasa yang boleh diibaratkan apabila pagi tadi kami telah didatangi secara mengejut oleh Majlis Agama Islam Sarawak yang membuat lawatan audit mengejut.
Namun kami pasrah dan sentiasa bersedia dengan keadaan sebegini. Kami di Kumpulan #iana terutamanya di #sitipayung sering dilawati oleh Kementerian Kesihatan, JKKP, JAKIM namun juga beberapa agensi lain.
Image may contain: one or more people and indoor

Kebersihan kami di tahap terbaik seperti dimaklumkan oleh pegawai audit yang salah seorangnya Pn Roniliza. Integriti mereka sangat tinggi walaupun bersahabat di sini dan senior semasa di sekolah.
Aspek pematuhan seperti kebersihan dan teknikal lulus dengan jayanya. Bahan-bahan juga seperti yang dilaporkan dalam e-manual. Insyallah tiada masalah.

Image may contain: one or more people and people standing

Kami juga sempat membawa mereka melawat ke Galeri & Muzium Kek Lapis Sarawak Siti Payung.
Menjajo itu sama maksudnya dengan "Kelam Kabut".

Image may contain: 2 people, people standing and indoor 

Sunday, October 27, 2019

Kek Lapis Sarawak Siti Payung Miri licin habis!

Lengissss kek dek oii.
Inilah penangan pelanggan kita hari ini yang kebanyakannya datang dari Sabah dan Semenanjung.

Image may contain: indoor

Alhamdulillah Alhamdulillah.
Esok kita topup kek #sitipayung lagi.
Harini Ahad buka sampai 5.30 petang sahaja.
Lengis tu maksudnya licin eh. 

 Image may contain: indoor Image may contain: indoorNo photo description available.
 No photo description available.

Friday, October 18, 2019

Kek Lapis Percuma di #sitipayung

No photo description available.
Image may contain: text

DAPATKAN KEK LAPIS SECARA PERCUMA hanya dengan menjadi TOP FANS FB PAGE Kek Lapis Sarawak Siti Payung !
CARA UNTUK DAPATKAN LENCANA TOP FANS:
SENANG.
1. Kena rajin klik butang LIKE di setiap ruangan posting PAGE INI.
2. Sila-sila lah komen di ruangan posting.
3. Atau share mana-mana posting PAGE INI di ruangan facebook anda.
Last, kena tunggu notifications daripada pihak Mark Zuckerberg seperti gambar diatas ya!
Dah dapat lencana tu nanti, jangan lupa claim kek lapis anda . 

Sunday, October 6, 2019

#sitipayung in ANUGA, Cologne, Germany.


I would like to say my highest appreciation to Sarawak Enterpreneur Association (SEA) under the leadership of Mr Nizam Khalyd. Our product has been chosen to be brought and display here.
What is more sweet when our honourable Deputy Chief Minister, Datuk Amar Hj Awang Tengah Ali Hassan and Assistant Minister of Ministry of Trade Sarawak been so kind to promote our presence there. There are few Sarawak company joined this event.
Anuga is the world's leading food fair for the retail trade and the food service and catering market, which takes place every two years in Cologne.
It is purely a trade fair and combines 10 trade fairs with a high quality of visitors: Anuga Fine Food, Anuga Frozen Food, Anuga Meat, Anuga Chilled & Fresh Food, Anuga Dairy, Anuga Bread, Bakery, Hot Beverages, Anuga Drinks, Anuga Organic, Anuga Food Service and Anuga RetailTec.
On the whole the organisers welcomed on the 5 days of the fair, from 07. October to 11. October 2017, about 7405 exhibitors from 107 countries and 165000 visitors from 198 countries on the Anuga in Cologne

 Image may contain: 5 people, people smiling, people standing and suit
Image may contain: 7 people, people smiling, people sitting Image may contain: 2 people, people smiling

Thursday, October 3, 2019

Pemenang Anugerah Inovasi Sarawak 2019.


Saya mendapat berita gembira hari ini. IANA akan mewakili Sarawak untuk dipertandingkan pula di peringkat kebangsaan. Mohon doa semua πŸ˜˜πŸ˜˜πŸ˜˜πŸ˜˜
Berkongsi berita gembira buat semua penyokong #sitipayung baik secara langsung atau pun tidak.
Yang langsung seperti:
1.Membawa pelanggan, kawan, saudara mara ke kedai kami, Galeri & Muzium Kek Lapis Sarawak Siti Payung untuk membeli Kek dan promosi.
2. Membuat endorsement kepada rakan agensi. Membawa kami ke trade mission. Memberikan geran dsb.
3. Memberi funding, pinjam an baik funder dan bank-bank.
Yang tidak langsung seperti:
1. Mendoakan kami dari jauh dan dekat.
2. Share kan segala post kami.
3. Promosi mulut ke mulut.
Terima kasih Jabatan Pertanian Sarawak atas pencalonan ini.                                                 

Friday, September 20, 2019

Anugerah Inovasi sempena Hari Peladang Penternak & Nelayan HPPN 2019

Kami dicalonkan bagi Anugerah Inovasi sempena Hari Peladang Penternak & Nelayan HPPN 2019 bagi peringkat negeri.
Pemenang peringkat negeri akan dicalonkan pula di peringkat kebangsaan untuk anugerah yang sama dengan hadiah yang lebih lumayan.
Kami memberikan inovasi utama ini untuk dipertandingkan:
1. Penggunaan Mesin Pencucian Telur & Pemecah Telur yang menjimatkan masa, tenaga kerja dan air.
2. Ready to Eat Individual Pack yang sesuai untuk tetamu yang mahukan kemudahan.
3. Pemasaran kreatif melalui penubuhan Galeri & Muzium Kek Lapis Sarawak Siti Payung pertama seumpanya buat Industri Kek Lapis Sarawak.
Jika ada rezeki kami, insyallah menang lah. Apa pun we have give our best, I presented to the panelist at my most inconvenience moment when I had the bad eye sore.

Image may contain: indoor Image may contain: 5 people, people standing and indoor

Image may contain: indoor No photo description available.

Wednesday, September 4, 2019

MAYBANK QRPAY

Shopping made easy at #borneooutletstore with new payment method with #qrpay #maybank.
Scan scan saja. Cashless. New way of shopping 

www.sitipayung.com.my

No photo description available.

Tuesday, September 3, 2019

Ikon OKU Kebangsaan Mohd Suku Ibrahim berkunjung ke Galeri & Muzium Kek Lapis Sarawak Siti Payung

Hari ini Galeri & Muzium Kek Lapis Sarawak Siti Payung dikunjungi insan istimewa yang banyak member inspirasi kepada rakyat Malaysia.
Terkejut saya apabila gambar keluarga ini di hantar ke group WA kami tadi. Terus saya minta mereka merakam lebih banyak gambar kenangan.
Kami telah dikunjungi oleh Saudara Mohd Sukur Bin Ibrahim. IKON OKU Kebangsaan yang memberi inspirasi kepada ramai orang diluar sana. Beliau mempunyai follower seramai hampir 35,000 di pagenya dan sering berkongsi tips kejayaan diri.
Saudara Mohd Sukur adalah pemenang Anugerah OKU Cemerlang Kebangsaan (Keusahawanan) yang menjalankan bisnes perkhidmatan membekal dan memasang permaidani ‘wall-to-wall’ untuk masjid, pejabat dan lain-lain melalui syarikat miliknya, D Strike Solution sejak 2010. Bekas graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dari Universiti Kebangsaan Malaysia ini juga merupakan seorang penceramah motivasi dan penasihat kewangan.

Image may contain: 1 person Image may contain: 7 people, people smiling, people standing and indoor 
Image may contain: 5 people, people smiling, people standing

Saturday, July 27, 2019

Saturday Is Grand Cleaning Day.

Beginilah rutin kami di #sitipayung setiap hujung minggu pada hari Sabtu.
Semua di kilang akan membuat pembersihan besar sebelum bercuti pada hari Ahad. Jadi hari Isnin boleh masuk kerja dengan hati senang dang bersemangat.
Antara pembersihan besar yang kita buat adalah buka dan cuci set grease trap dan buang sisa pepejal yang mengeras, mencuci mesin pencuci telur dengan pembasmi kuman, mengikis lebihan bancuhan kek di ketuhar oven, mengemop lantai dan celah celah keseluruhannya.
Ini pembudayaan berterusan. Alhamdulillah #allstar kami faham peri pentingnya keperluan menjaga kebersihan.

Image may contain: one or more people Image may contain: one or more people and outdoor Image may contain: one or more people and indoor
Image may contain: one or more people, people standing and indoor

Friday, July 26, 2019

Pn Sarimah Misman, Pengarah Negeri Malaysia Productivity Corporation menyatakan kekaguman dengan usaha syarikat Iana Corporation Sdn Bhd menubuhkan Galeri & Muzium Kek Lapis Sarawak Siti Payung sebagai salah satu usaha membawa jenama #sitipayung pergi lebih jauh.
Beliau juga menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama dan menjadikan Galeri kami sebagai pusat yang boleh direkomen, bahan berita atau liputan. Bagi kami ia suatu yang boleh membantu kami secara tidak langsung.
Turut hadir tadi adalah Timbalan Ketua Pengarah, MPC Malaysia Tn Hj Abdul Rahim Yusoff dan konsultan Program HACCP kami.
Terima kasih di atas kunjungan ini. Saya senyum dari jauh.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing Image may contain: 4 people, people smiling, people standing Image may contain: one or more people, people standing and indoor Image may contain: 1 person, standing and indoor

Image may contain: 3 people, people standing and indoor Image may contain: 5 people, people smiling, people sitting

Thursday, July 25, 2019

Lawatan 40 pegawai dari Majlis Perbandaran Bera, Pahang termasuk Yang Dipertua MPB turut sama hadir hari ini ke Galeri & Muzium Kek Lapis Sarawak Siti Payung.
Kunjungan lawatan adalah lawatan Penanda Aras ke pejabat Majlis Bandaraya Miri dan beberapa tempat lain. Kami amat berbangga kerana #sitipayung juga dipilih sebagai salah satu venue lawatan.
Kami di sini sentiasa mengalu-alukan kehadiran pelbagai agensi luar. Diharap dengan penubuhan Muzium & Galeri ini akan dapat memperkenalkan Miri kepada lebih ramai pengunjung.

Image may contain: 8 people, people standing 
Image may contain: 2 people, indoor Image may contain: 5 people, people standing

Image may contain: 3 people, people standing 

Wednesday, July 3, 2019

Hadiah buat ibu Siti Molek Matassan.

Kata semangatnya dan juga gambarnya yang besar akan diabadikan di Galeri & Muzium Kek Lapis Sarawak Siti Payung.
Bayangkan kalau gambar ini saja sudah mengujakan, berada di pusat informasi dan galeri nanti akan lebih memberikan semangat dan kepuasan.
Collage di belakang itu adalah koleksi gambar yang disimpan dan diambil dari tahun 2010-2019.
Terlalu banyak individu yang berjasa kepada #sitipayung.
Stay tune.
Siti Molek Matassan




Cerita tentang sejarah Siti Payung juga ada di ceritakan di Galeri & Muzium Kek Lapis Sarawak.
Ia berkait rapat dengan dua wanita hebat dari dua generasi ini.
Tak sabar rasanya hendak menyiapkan Ole-Ole terbaru dari #sitipayung.

Image may contain: 1 person, standing Image may contain: 1 person, standing Image may contain: 1 person, smiling, standing

Galeri & Muzium Kek Lapis Sarawak Siti Payung opening soon!

Galeri & Muzium Kek Lapis Sarawak Siti Payung akan dibuka tidak lama lagi.
Biar pun mungkin ada yang kata, syok sendiri kah, over claim kah, poyo kah tapi itulah usaha saya untuk terus menjadi PENERAJU dalam industri ini.
Setahu saya belum ada Galeri dan Muzium seumpama ini di Sarawak. Let me be the first in the industry. Hasrat yang terpendam terlaksana juga.
We are working very hard to make it happen walaupun dalam kepayahan dan keterbatasan kewangan. Ada duit kita invest lagi dan lagi especially for brand awareness.
We have so many memories to be put in this gallery. There are so many people that help us throughout our 10 years. The agencies, the funder, friends, customer, supplier, all Star and many more.

Image may contain: one or more people, people standing and text

Wednesday, June 19, 2019

Rehearsal pelancaran pejabat pemasaran Sarawak Trade and Tourism Office Singapore telah diadakan siang tadi di 80, Robinson Road, Singapore πŸ‡ΈπŸ‡¬.
Juraina telah saya amanahkan dan diberi tanggungjawab menjadi wakil Kumpulan #iana bagi perasmian ini. Sengaja saya berikan pengalaman buatnya pertama kali ke oversea walau cuma di Singapore.
Pelancaran akan disempurnakan oleh YAB Datuk Patinggi Abang Zohari Bin Abang Hj Openg, Ketua Menteri Sarawak.
YB Datuk Lee Kim Shin juga dilihat mempromosikan #keklapis #sitipayungdisana. Semoga usaha kami akan diberkati dan dimudahkan.

 No photo description available. No photo description available.
Image may contain: 1 person Image may contain: one or more people
Image may contain: 1 person, smiling, standing